Jumaat, 5 Februari 2016

Menjual Produk Baru Atau Produk Sedia Ada?


Permintaan Produk @ Product Demand

Sebenarnye, menjual produk yang sedia ada yang sudah ada permintaan adalah lebih mudah berbanding menjual produk yang masih tiada permintaan atau produk baru.

Saya agak pelik apabila saya mempromosikan perniagaan Tone Excel, ramai yang menolak dengan alasan sudah ramai melakukan bisnes ini. Sepatutnya, bile sudah ramai yang melakukan bisnes ini, lebih mudah bagi anda mendekati prospek sebab rata2 mereka sudah tau berkenaan apa yang ingin disampaikan.

Ini tak bermakna anda tidak boleh menjual produk yang masih tidak dikenali. Cuma ianya mungkin mengambil masa untuk anda mengkaji pasaran, mencari dan membina permintaan bagi produk tersebut.

Salah satu cara untuk melihat sejauh mana produk anda mempunyai permintaan ialah dengan cuba mengiklankan di group2 facebook yang aktif dengan bertanya pendapat ahli group tentang produk anda. Ingat, jangan menjual terus. Takut takde orang nak baca.

Ape2pun, terpulang pada anda. Tepuk dada, tanya selera.

Ingin belajar Pemasaran FB Ads? Sila layari http://on.fb.me/1S3iH0U


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.