Rabu, 24 Ogos 2016

Fungsi FB Ads atau Facebook Advertising - Kupasan Ringkas


Fungsi FB Ads atau Facebook Advertising - Kupasan Ringkas

FB ads berfungsi untuk meningkatkan jumlah orang membaca post atau iklan kita. Jumlah orang yang melihat iklan kita boleh diibaratkan seperti trafik atau jumlah pengunjung yang membaca iklan kita.

Jangan menganggap fb ads adalah alat magik untuk membuatkan orang membeli barangan yang kita iklankan. Dalam perniagaan, logiknya, makin ramai pengunjung ke kedai atau gerai kita, kebarangkalian untuk membeli pun tinggi. Tapi, biarlah target yang bersesuaian.

Jika kita menjual kereta dan kita memberikan 10,000 keping flyers kepada kanak-kanak, adakah mereka akan membeli kereta kita?

Atau jika anda menabur 10,000 flyers jual rumah banglo berharga RM2juta kepada pelajar universiti, agak2 laku tak?

0 komen:

Catat Ulasan