Selasa, 14 Februari 2017

Nasi Budget: Trend, Untung, Main Harga

Nasi Budget: Trend, Untung, Main Harga

Masa awal2 kewujudan nasi budget dulu, peniaga yang menjual dikatakan agak masyuk sebab walaupun untung ciput, tapi jualan yang banyak jugak menghasilkan keuntungan yang banyak. Kirenye peniaga tu bermain dengan kuantiti.

Sumber gambar: Google

Lama kelamaan, semakin ramai peniaga yang cari peluang berniaga nasi budget. Daripada harga RM5, turun ke RM4, turun lagi RM3. Ada yang menjual RM3.50 siap dengan air sirap. Tapi, beberapa hari lepas, saya tengok ada yang main harga jual dengan harga RM2.50.

Soalan saya, ada untung ke?
Kalau ade untung, berbaloi ke?
Tak penat ke?

Kalau dulu, 1 peniaga, pelanggan 100 orang..
Kalau untung 50sen sebungkus sekali pun, busuk2 dah boleh dapat RM50...
Kalau pelanggan 200? 300? 400?

Tapi, kalau dah ada 5 - 10 peniaga, pelanggan masih sama, jadi terpaksalah berkongsi pelanggan.
Jualan pun rendah.
Untung pun ciput sangat.
Tak heranlah ada peniaga cakap jual 100 bungkus pun masih tak padan dengan untung yang ada!!!

Itu sebabnya peniaga nasi budget pun dah makin kurang sekarang. Lama2 nanti, tinggalkan peniaga2 setia yang kembali buat untung yang banyak.

Cuma, entah dapat bertahan atau tidak sebab semua barang2 utama untuk nasi budget dah naik harga menggila.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.