Selasa, 15 Mac 2011

Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun

Pertamanya, Peja mengucapkan takziah kepada seluruh penduduk Jepun walaupun Peja rasa takde pembaca blog Peja ni berasal dari Jepun. Walaubagaimanapun, kalau ade ahli keluarga pembaca blog Peja ni berada di Jepun untuk tujuan belajar ke bekerja ke melancong ke, Peja doakan agar semuanya selamat.

Kejadian gempa bumi dan tsunami ini barangkali boleh dikatakan amaran dari Allah atau mungkin juga Allah nak menguji hambaNya... Wallahua'lam. Kita kat Malaysia ni sepatutnye bersyukur kerana masih selamat daripada kejadian2 seperti ni.


Baru2 ni heboh diperkatakan tentang kartun di Berita Harian yang dikatakan tidak sensitif, tidak prihatin, tidak serius, menghina, mempermainkan kejadian tsunami di Jepun melalui lukisan yang amat dangkal. Dengan kata lain, lawak tak bertempat. Peja sendiri amat tidak menyokong dan mengkritik lukisan tersebut. Bayangkan kalau perkara tersebut berlaku pada kita dan kartunis di negara luar melukis kartun sebegitu. Apa perasaan kita.

Walaubagaimanapun, benda tu telahpun berlaku. Kartun tersebut telah pun disiarkan. Berita Harian juga telah meminta maaf atas perkara tersebut. Pada Peja sendiri, kartun tersebut mempunyai 1001 maksud tersurat dan tersirat.

Cuba fikir positif, sejak kita kecil, Ultraman diperkenalkan sebagai satu makhluk yang hebat dan sentiasa melindungi bumi. Sampaikan, ramai di kalangan kanak2 yang berangan2 nak jadi Ultraman! Kartun tu telah mengubah persepsi kanak2 yang sehebat2 Ultraman, dia tak mampu nak melawan kuasa tuhan. Sampaikan adik Peja yang kecik dengan spontan boleh cakap "Laaa, ingatkan Ultraman hebat sangat".




Maaflah jika ada di kalangan kengkawan yang tidak setuju dengan pandangan Peja. Ianya sekadar pandangan semata2 dan bukan berniat untuk menyokong kartun tersebut.

Semoga kita mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku dan kita sebagai hamba Allah harus sentiasa bersedia dengan amalan yang secukupnya sebelum mengadap Allah S.W.T...


-----
Jika anda suka artikel ini, KLIK SINI
Nak awet muda? Nak penawar pelbagai penyakit?

Iklan Anda Di Sini

35 ulasan:

  1. apik x baca lagi berita..huhu..tapi kali ni paling teruk kena kt jepun..abis loji nuklear meletop

    BalasPadam
  2. Tak terfikir pula makna tersirat macam bro Peja kata.. Ada betulnya juga.. Tapi itu terpulang pada cara pemikiran seseorang..

    Berita tentang Tsunami melanda Jepun memang agak mengejutkan... Macam tak percaya je terjadi tsunami kat sana..

    Semoga menjadi iktibar kepada kita semua di sini..

    BalasPadam
  3. Saya juga berpendapat seperti Peja,mungkin kartunis tu bermaksud demikian,itu maksud tersiratnya..tapi kerana ia melibatkan kemusnahan dan nyawa,maka ia menjadi amat sensitif...

    *dua anak saudara saya menetap di sana...*

    BalasPadam
  4. memang itu yang kita maksudkan.. tapi rasanya lebih pada nak bergurau pun iye juga. cuma mungkin tak sesuai sebab org negara matahari terbit ni kebanyakannya tak berugama. bukan depa paham maksud tersirat pun. kita pun tak nak cari gaduh dengan ungkit kisah zaman jepun dulu. inilah balasan Allah kat korang! ottoman pun tak leh lawan. itu le gamaknya yg tersirat juga. alfatihah pada mangsa yg berugama Islam.

    BalasPadam
  5. saya setuju!
    pandang positif perkara ini..
    ala mende ni pon nak jadi isu
    cepat melatah betul....
    sedangkan karikatur nabi muhammad yg org barat perlekehkan tu pon xde plak jd isu sebesar ni...

    pandang positif...
    ultraman tu kan kanak2 agungkan....
    nak jadi hero nak jadi cm tu...
    mungkin pelukis tu nak menggambarkan betapa besarnya kuasa allah sehinggakan secanggih mana sekuat mana sekebal mana makhluk dia, mereka takkan dapat mengalahkan kuasa Allah...

    BalasPadam
  6. org yg wat kartun tu maybe have low education level ...

    nk lawak pun biar berpada...

    kalo kena kt negara kite, camne..

    BalasPadam
  7. kadang2 pelukis tafsir benda lain, kita yang tgk tafsiran lain pulak..sebab tu jadi isu. tapi berita harian dah mintak maaf kan..

    BalasPadam
  8. fahaman kita berlainan dengan fahaman kartunis tu sendiri kan . so ade percanggahan pendapat kat situ . ape2 pun BH dah mintak maaf jadi harap lepas ni takde ape lagi yang boleh ganggu sensitiviti org lain .

    BalasPadam
  9. Sebelum saya mengeluarkan entri menghentam tindakan penyiaran kartun terbabit di BH mmg saya ada terfikir, walau sehebat mana pun teknologi yang ada tetapi kuasa Allah tiada yang mampu menahannya. Tetapi bila difikir kembali, adalah tidak wajar mengaitkan Ultraman sebagai menggambarkan teknologi tersebut. Anak saya yang berusia 5 tahun pun tahu Ultraman adalah sekadar khayalan. Jadi kenapa perlu Ultraman digambarkan. Benar, Ultraman dihasilkan di Jepun. Akan tetapi wajarkah disaat seluruh warga Jepun sedang berduka atas malapetaka yang menimpa kita disini bergelak ketawa. Ada antara mereka adalah saudara kita. Kisah tentera Jepun menyeksa datuk nenek kita dahulu turut dijadikan alasan oleh sesetengah pihak yang menyokong lukisan terbabit. Wajarkah kita menyimpan dendam? Jadi, sama-sama kita renungi apa yang berlaku sesungguhnya atas kehendak Allah dan ambil iktibar atas kejadian. Bukan masa untuk bergurau senda atas kesedihan yang menimpa orang lain. Maaf jika tak sependapat dan undian masih dibuka diblog saya :)

    BalasPadam
  10. sy sokong azwandengkil... like seriously.. tak matang betul... bukan semua benda boleh jadi bahan gurauan.. especially bila ia adalah berkaitan dengan nyawa.. kurang menggunakan akal di situ.. huhu

    BalasPadam
  11. perkara sebegini tak sepatutnya berlaku sebab pihak editorial di akhbar tersebut tentunya terdiri daripada golongan bijak pandai.. tapi perkara dah berlaku dan semua orang tak terlepas dari buat silap..daripada kita sibuk memperbesarkan isu ni, lebih baik kita fikirkan cara untuk membantu mangsa2 bencana tu atau paling2 pun, berdoa.. :)

    BalasPadam
  12. setuju ngn cik durian n dik peja punye pndpt :)

    BalasPadam
  13. sebenarnye pandangan kita sama, sy pun rasa bukannya lukisan itu menunjukkan kita tak sensitif, tapi sebaliknya.

    BalasPadam
  14. great entry :D

    ada betul nye jugak. kadang-kadang semua yang terjadi ada hikmahnya, termasuk la drawing tu.

    :')

    BalasPadam
  15. alhamdulillah kan kita di malaysia ni masih selamat dan kita patut bersyukur ....

    BalasPadam
  16. setiap manusia kt mukabumi ni x lepas dr mbuat kesilapan....

    BalasPadam
  17. credit to mr peja. ni memang amaran dari Allah SWT. sehebat mane pun negare tu, semaju mane pun negara tu, xdpt menandingi kekuasaan ALLAh.
    Isu kartun, same gak la, isu kartun tetang Nabi Muhammad, kite marahkan..
    so same2 la muhasabah diri.
    dan mempertingkatkan ilmu kelur dari kehidupan jahil

    BalasPadam
  18. lupa kan yang da lepas+tak ulang lagi silap sama.

    BalasPadam
  19. teruk jugak nie...

    pepun kita amek iktibar la ape yg dah terjadi nie.

    jOm kita berdOa agar negara kita selamat dari malapetaka.

    ALLAH turunkan bala agar kita INGAT PADANYA.

    BalasPadam
  20. reaktor nuklear ketiga dah meletup

    BalasPadam
  21. benda dah jadi..nak buat cmna kan..pengajaran lepas ni berhati2 dalam menulis dan melukis

    BalasPadam
  22. Salam, dik peja. Kak berpendapat kartun itu agak sinis namun masih sederhana....

    Apa pun kejadian Tsunami di Jepun baru2 ini sepatutnya meningkatkan lagi rasa insaf dan rendah diri kita terhadap kuasa Allah......:)

    BalasPadam
  23. kita dah lupa yang dalam dunia ni ada lagi human being...sebab tulah kita tak pernah nak fikir apa perasaan orang lain...itu sebenarnya bro

    BalasPadam
  24. kadang-kadang kita sebagai manusia lupa asal usul, hanya fikir suka-suka

    BalasPadam
  25. Salam untuk Faizal. Saya setuju dengan beberapa pendapat.. takde orang bergurau semasa orang lain kena musibah. Dok selari langsung dengan suruhan agama kita. Masa kita kena sunami dulu... apa rasa kalau ada orang kata kita, Kluang Man tak tolong ke? atau kita memang tak pandai mengurus pembangunan alam sekitar?.. mesti terbakar telinga, nak marah. Baru-baru ni ada lagi isteri seorang pemimpin komen tentang alam sekitar Jepun menyebabkan tsunami. Rakan-rakan boleh rujuk CNN. Nampaknya isu kartun di atas tidak diambil pengajaran langsung.. yang malunya negara kita, Malaysia.

    BalasPadam
  26. Benar jika di pandang dari persepsi berbeza memang ada juga kebaikannya. seperti reaksi rakyat jepun mereka mengatakan bahawa walaubagaimana sekalipun pasti ultraman akan menang juga akhirnya.(dalam cerita ultraman pun memang cam tu kan?)

    BalasPadam
  27. kite doakan yang terbaek untuk rakyat jepun..

    BalasPadam
  28. setuju tu.. tapi tu lah..setiap orang ada persepsi dan impresi masing2.. mungkin bagi kita macam lawak.. tapi bagi mereka tu penghinaan..

    BalasPadam
  29. terlalu banyak yang tersirat dalam kartun tu... tapi dalam keadaan sekarang ni tak berapa sesuai disiarkan..

    tunggu 5/6 tahun lagi mungkin dema dapat terima... tak banyak ckit dema kena akur gak.. kuasa alam ada penciptanya!!

    BalasPadam
  30. TK x nmpk pun kt mana kontroversi yg d hebohkan tu..
    biasa2 je, orang je yg sibuk sensasikannya..

    BalasPadam
  31. takziah kepada semua mangsa tsunami dan gempa kat jepun. hope janganlah berlaku di Malaysia jugak. Kuasa Allah kan, kita xtau.

    Latest Entri :
    Telefon Rumah VS Handphone

    BalasPadam
  32. sometimes org takkan faham apa yg kita nak sampaikan, mcm kartunis tu, aite? :)

    BalasPadam
  33. alhamdulliah sebab negara ni masih selamat dari bencana alam besar .. tiu je dapat ku ungkapkan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.