Isnin, 20 Jun 2011

Apa Itu Ebook dan Lesen PLR?

Bismillah... Assalamualaikum W.B.T.,

Hari ni badan Peja agak penat sebab beberapa hari lepas, Peja sekeluarga menziarahi kakak Peja yang tinggal di Subang Perdana, Shah Alam. Tanpa sebarang perancangan (pergi on the spot), kami banyak habiskan masa dengan pusing2, jalan2, makan2, ronda2, shopping2 =)

Kami bertolak pulang ke Terengganu dalam kul 3 petang (Ahad, 18 Jun 2011). Dengan hujan lebatnya sepanjang Lebuhraya Pantai Timur, dan lebih teruk lagi, batang wiper kereta Peja tiba2 bermasalah. Teruk jugak tu T_T. Alhamdulillah, kami sampai lebih kurang jam 10 malam.




Oklah, hari ini Peja nak kongsikan beberapa perkara berkaitan Usahawan Internet dan Peja ingin fokuskan kepada produk digital.

Kebanyakan usahawan internet yang masih baru, gagal menghasilkan produk digital sendiri seperti ebook kerana tiada pengalaman, tidak tahu niche yang terbaik, tiada idea dalam menghasilkan produk, kekurangan modal, tiada bimbingan, tidak mampu menghasilkan produk berSEOrangan dan lain-lain.


Alternatif yang boleh diambil oleh usahawan internet adalah dengan mendapatkan produk ebook yang mempunyai lesen PLR (Private Label Right) di mana, anda bebas mengubah isi kandungan ebook ini, meletakkan nama anda sebagai pencipta produk dan lain2. Dengan kata lain, ianya menjadi hak milik anda 100%.

Walaubagaimanapun, anda perlu mendapatkan ebook PLR yang masih segar / fresh untuk mendapatkan hasil pendapatan yang lebih tinggi. Kebanyakan satu ebook PLR akan dijual dengan harga tidak kurang RM100. Kos ini tidak termasuk peralatan2 yang disediakan oleh pemilik produk.


Atas inisiatif saya dan team Usahawan Internet Pantai Timur (tak larat nak hasilkan produk berSEOrangan :D), kami telah melaburkan lebih RM2,000 untuk menghasilkan bukan 1, tapi 4 produk PLR lengkap dengan peralatan seperti minisite, ecover, banner, kotak opt-in, lesen PLR, email followup, surat jualan, video tentang PLR, butang tempahan, kotak testimonial dan pelbagai lagi. Produk2 kami ini, secara jujurnya, bernilai RM3,158! Ya, satu harga yang agak tinggi. Tapi, jangan risau, kami tahu, kebanyakan dari anda tidak mampu membayar kami dengan jumlah sedemikian. Anda rasa, berapa harga yang rata2 individu mampu membayarnya?

Anda lihat satu undian yang telah dibuat di forum WangCyber


Majoriti usahawan sanggup berbelanja lebih RM500 bagi 4 produk PLR TIDAK TERMASUK peralatan2. Jadi, anda rasa, berbaloi tak bagi SEOrang usahawan internet yang masih baru untuk mendapatkan kesemua produk yang dinyatakan di atas dengan harga RM500?

4 produk PLR tersebut ialah:
Produk PLR #1 - Rahsia Pemasaran Emel oleh Pakar!

Produk PLR #2 - Ebook Pendapatan Santai Dengan Blog! <-- Ini yang Peja hasilkan.

Produk PLR #3 - Manuskrip Pelancaran Produk Tanpa Bantuan JV!

Produk PLR #4 - Kuasa Pemasaran Affiliate Malaysia! (LIHAT PREVIEW!)

Jadi, apa pendapat anda? Masih mahal? Oklah, peluang terakhir, untuk tempoh terhad sebelum 27 Jun 2011 atau sehingga 27 kuota dipenuhi, saya dan team UIPT sanggup memberikan kesemua produk ini secara PERCUMA! Ya, PERCUMA! Tapi, ada syarat2 yang perlu dipenuhi dan syarat2nya amat mudah. Sila rujuk syaratnya di sini >> http://bit.ly/produkreseller
P/S: Luangkan sedikit masa dan baca apa yang kami tawarkan kepada anda. Ianya memang 'gila'.


Jika terdapat sebarang persoalan, boleh ajukan kepada Peja di admin@faizalsyukri.com atau add YM Peja: faizalsyukri@yahoo.com atau atau boleh bertanya Peja melalui facebook, http://facebook.com/pejasukri.


Yang mana satu idaman kalbu?
Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Kelab Shopping | BlackBerry PlayBook | MTV World Stage @ I-City | 1Malaysia Mega Sale Carnival | Kenapa Teh Ada Ummphh? | Promosi MAS Lagi | Muzik Bermain Dalam Kepala | BlackBerry Messenger | World Ocean Day | Warna Pilihan Anda | Nak RM1,000? | Sempena Hari Bapa | Buat Duit Dengan ChurpChurp | Jom Pergi Hong Kong | Sapa Minat Incubus?

6 ulasan:

  1. erm...erm...hehehe...blum ada idea nak buat ebook

    BalasPadam
  2. Kalau dah berjaya, tulis ape pun org akan beli.. buh je " rahsia bla bla... " sure laris..

    BalasPadam
  3. TQ en Peja...segala prosedur telah dipenuhi...sedang tunggu kesemua 5 ebook utk dibaca n blaja....recommend pd yg masih 50-50...tawaran ni mmg gilerrr...RM 100 utk 5 ebook(1 beli percuma 4) + PLR + benefit2 lain....TQ again

    http://www.walit4u.com

    BalasPadam
  4. Ada niat jugak sebenarnya.. Tapi nak kena tunggu cukup berpengaruh la kan bro.

    BalasPadam
  5. tips yang menarik ni...memang wajar dikongsikan..
    Recent post :5 Tandas Menarik di Dunia

    BalasPadam
  6. alamak peja.. kalu kita beriya-iya tapi x ramai folower x der erti gak.. blog kita bukannya orang perasan pun... so kene ada aura dulu baru boleh melabur kan kan kan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.