Ahad, 5 Jun 2011

Nasihat Kepada Anak Berkenaan Ibu Bapa

Tiada kita tanpa ibu bapa. Merekalah yang menjadi sebab adanya kita di dunia. Mereka telah banyak menderita dan berkorban. Susah payah, pahit maung, penat lelah dan suka duka silih berganti. Peluh dan keringat serta linangan air mata. Semua itu adalah lumrah hari-hari mereka dalam membesarkan kita.


Kenangilah jasa dan pengorbanan mereka itu. Kasihanilah mereka di hari tua. Ingatilah perantauan mereka di alam barzakh. Hulurkanlah bakti kepada mereka sepanjang masa. Mudah-mudahan hari tua mereka dipenuhi kegembiraan, alam barzakh mereka dipenuhi ketenangan dan dipermudahkan Allah kepada mereka untuk memasuki syurga-Nya pada hari akhirat.

Mudah-mudahan juga, Allah meredhai kita disebabkan jasa bakti tersebut dan kita mendapat bakti yang sama daripada anak-anak kita kelak.




Kenapa setiap orang mesti memiliki buku Nasihat Kepada Anak Berkenaan Ibu Bapa;

1. Untuk mengingatkan anak-anak berkenaan jasa dan pengorbanan ibu bapa
2. Untuk mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa.
3. Untuk mengenang ibu bapa kita yang jauh atau telah tiada.
4. Untuk menyampaikan hasrat sebenar dari hati kecil ibu bapa terhadap anak-anak, yang mungkin tidak mampu diucapkan melalui lidah
5. Untuk mendorong anak-anak supaya berbakti kepada kedua ibu bapanya sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
6. Untuk menjadikan hari tua ibu bapa tenang dengan bakti mesra dari anak-anak.
7. Insya Allah, mudah-mudahan keadaan ibu bapa di alam barzakh sentiasa dilimpahi pahala dan kebaikan yang tidak putus-putus hasil dari jasa bakti anak-anak yang masih berada di alam dunia.

Ukuran: 5.5 X 8 inci
Muka surat: 250 halaman bercetak

Harga: RM23.00 (bagi seluruh negara termasuk bayaran pos)
Hubungi: 012-901 9697


Cara Pembelian
Buat pembayaran kepada salah satu akaun berikut:
- FSM SisMel Enterprise (Maybank - 563082003144)
- Faizal Syukri Bin Mohamad (CIMB - 13080000328203)
- Faizal Syukri Bin Mohamad (Bank Islam - 13044020056275)


P/S: Bagi yang membuat bayaran melalui mesin deposit tunai, buat bayaran RM30 dan saya akan mengembalikan semula baki wang ke akaun anda.

Selepas bayaran dibuat, sila emailkan kepada admin@faizalsyukri.com maklumat berikut:
- Nama
- Email
- No. Telefon
- Alamat penghantaran
- Nama bank
- Tarikh bayaran
- Masa bayaran
- No akaun & jenis bank untuk pengembalian baki (jika ada).

Penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam masa bekerja selepas pengesahan bayaran dilakukan.


"Adakah RM23.00 mahal bagi sebuah buku?

Berapakah kos sekali anda membawa anak anda makan di KFC atau restoran?
Berapakah kos bil telefon anda dalam masa sebulan?
Berapakah kos sehelai baju/tudung anda?
Berapakah kos surat khabar anda sebulan?
Berapakah kos Majalah/komik anda sebulan?

Semuanya hampir atau melebihi RM23.00 tetapi manfaatnya hanya untuk masa yang pendek sahaja. Tetapi RM23.00 untuk buku Nasihat Kepada Anak Berkenaan Ibu Bapa akan memberikan manfaat sampai bila-bila kepada anda. Insya Allah manfaatnya akan sampai kepada kita walaupun kita telah tiada di dunia ini jika anak kita mengamalkan nasihat yang terkandung di dalamnya."


Link Tiada Kene Mengena Dengan Artikel:
Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Mana Kedai Teh Tarik Sedap? | Kasi Goncang Kompeni Anda! | Berenti Kerja Dan Lari 100KM Sehari | Tulis Surat Kepada Bapa Anda | Pilihanraya M&M | Minum Teh Boleh Dapat Kereta | Minat Berlakon, Menari dan Menyanyi? | Nak MacBook Pro atau IPad? | Sape Reza Salleh? | Buat Duit Dengan ChurpChurp | Makan Biskut Oreo | Anda Rasa Anda Cute?

Untuk mengelakkan anda terlepas sebarang info, tips, teknik, cabutan bertuah dan lain-lain dari blog faizalsyukri.com, sila masukkan nama dan email anda di bawah. Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.


Name
Email


19 ulasan:

  1. sayang ngan ibu dan ayah...

    BalasPadam
  2. Jasa ibu dan bapa tidak ternilai...

    Tikus gergasi

    BalasPadam
  3. memang wajib mghormati mereka..
    saya amat menyayangi mereka. biarpun ibu saya telah lama pergi.. tetapi kehadiran ibu tiri juga bermakna dalam diri saya.. biarpun title ibu tiri tetapi saya dan adik bradik lain menganggap seperti ibu sndiri...

    shingga sekarang saya merindui arwah ibu saya yg banyak berkorban tuk saya shingga saya berjaya.. Tetapi sedihnya beliau tidak dapat melihat anaknya masuk universiti, graduasi, dan x dpt melihat anaknya mengecapi kejayaan bahagai sebagai sorang guru sekarang ini.. Dlu beliau ingin melihat anaknya masuk U dan mnjadi sorang guru.. Akhirnya saya merealisasikan niat beliau... moga arwah ibu saya tenang di sana.. Al-fatihah...

    BalasPadam
  4. Salam...berbakti kepada ibu dan bapa suatu tuntutan agama namun masih ramai yg lupa dan buat2 lupa, masih ramai yg meminta ibu bapa berbakti kepada mereka walhal ibu bapa mereka sudah tua...

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/aku-rindukan-suasana-lama-kampungku.html

    BalasPadam
  5. tanpa ibu bapa... mana bisa diri ini melihat bulan dan bintang..^_^

    BalasPadam
  6. Alhamdullilah, setakat ini tak pernah lekang dengan doa kepada ibu bapa disetiap kali usai solat

    BalasPadam
  7. hamba melahirkan tuannya......itulah tanda2 akhir zaman...

    BalasPadam
  8. Redha LLah Tahta Redha Waalidaiin...

    BalasPadam
  9. saya sangant menghargai ibu bapa saya . love my mother n father :)

    BalasPadam
  10. tanggungjawab anak kepada ibu bapa:
    1-Nafkah
    2-Berbuat baik kepada mereka berdua semasa hidupnya
    3-mendokan kebaikan kepada mereka semasa hidup dan selepas kematian mereka..
    dan banyak lagi...
    kaihlah ibu bapa sebagaimana mereka mengasihi kita...

    BalasPadam
  11. Aku diantara insan yg tidak mendapat kasihsayang dari ibu.Sedih..

    BalasPadam
  12. ibu bapa lah segalanyer..da lame tak balik

    BalasPadam
  13. buat sebaik habis utk anak2.itu tanggungjawab dan amanah.berharap utk mereka mnjaga kita? sekiranya ada.al hamdulillah.jika sebaliknya? itu rezeki masing2.moga kebaikan juga yg diharapkan.

    BalasPadam
  14. rindunya dengan my parent...pdhal baru je balik dr kg huhuhu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.