Khamis, 30 April 2015

Al-Kisah Saya & ... - Saya & Flashman


Al-Kisah Saya & ...

Saya & Flashman

Pada tahun 1992 / 1993 kalau tak silap saya, antara cerita yang digemari saya ialah Flashman & Maskman. Ala, budak2 katakan masa tu. Flashman ni citer ala2 power ranger gak. Ada 5 orang hero dan heroin 5 warna berbeza yang setia menjaga keamanan bumi.

Saya terlalu minat dengan cerita ni sampaikan ada cita2 nak ada kuasa cam Flashman ni. Boleh jaga keamanan bumi. Sampai tahap saya sibuk bertanya kawan2 terdekat saya tips untuk ada kuasa cam flashman.

Tibe2 ade seorang kawan kepada adik saya bagitau yang dia ada satu alat untuk membolehkan saya ada kuasa seperti flashman. Punyalah gembira saya masa tu. Syarat yang dikenakan, saya kene tunggu seminggu sebelum alat diserahkan kepada saya.

Disebabkan terlalu gembira dan tak sabar ingin menjadi flashman, saya yang 'cerdik' ni sanggup berikan kawan adik saya gula2 setiap hari. Kadang2, duit belanja saya pun saya kasi 10sen kat dia. Kononnya nak jaga hati dia.

Tup tup selepas seminggu dia berikan sesuatu pada saya berbungkus dengan kertas buku latihan. Dia cakap, jangan buka kat sekolah. Bahaya. Kat rumah baru boleh buka. Balik sekolah pun duk berangan2 nak jadi hero punya pasal. Hihihi...

Sampai rumah, bukak je bungkusan tu, tau tak apa yang ada? Sekeping kad permainan kertas yang ada gambar watak flashman tu!

Aaaarrggghh, geramnya! Kene tipu hidup2!

0 komen:

Catat Ulasan