Isnin, 27 April 2015

Al-Kisah Saya & ... - Saya & Hantu TV


Al-Kisah Saya & ...

Saya & Hantu TV

Saya tak ingat tahun bila berlaku kejadian ni. Yang pastinya, ketika itu saya masih terlalu kecil dan bilik tidur pun bersama mak dan ayah saya lagi.

Dalam bilik tidur kami ada sebuah televisyen. Nak dijadikan cerita, suatu hari tv terpasang. Cerita apa pun saya tak pasti. Tapi disebabkan takde orang tengok tv tu, saya nak off tv tu.

Bila saya dekat je dengan tv, tibe keluar dari skrin tv hantu berupa tengkorak marah saya off tv. Saya takut dan lari keluar dari bilik. Tv tu kembali menyiarkan cerita asal.

Saya sekali lagi nak off tv tu. Sampai dekat je dengan tv, tengkorak tu keluar sekali lagi sergah saya dan marah saya. Sekali lagi saya takut dan berlari keluar. Keluar je dari bilik, tv menyiarkan cerita asal.

Kali ketiga saya mengendap kepala ke dalam bilik. Saya dah tak berani masuk ke bilik. Sekali lagi keluar tengkorak tu sergah saya. Terus saya keluar bilik dan tak berani masuk dah...

Hahahahahaha

0 komen:

Catat Ulasan