Selasa, 28 April 2015

Al-Kisah Saya & ... - Saya & Kereta Ayah


Al-Kisah Saya & ...

Saya & Kereta Ayah

Alkisahnya berlaku semasa saya berumur kurang 7 tahun. Tak ingat umur tepat. Ketika tu, keluarga saya tinggal bersama moyang saya yang masih gagah bertenaga time tu.

Ayah saya ketika itu bekerja sebagai welder di platform oil & gas di kerteh. Jadi, 2 minggu sekali ayah takde kat rumah. Jadi, kami adik beradik tinggal bersama mak dan moyang kat umah.

Disebabkan saya ngan adik saya selalu tengok ayah topup minyak petrol guna botol minyak enjin, saya terpikir apa yang diisi oleh ayah. Jadi, ketika ayah takde, ni peluang untuk saya dan adik saya untuk buat ujikaji.

Kami mencari botol minyak enjin kosong di bawah rumah (rumah kampung, ada ruang kolong bawah rumah). Jumpa botol kosong, saya isi air paip. Tangki petrol kereta ayah jenis yang tak perlu bukak dari dalam dan tak perlu guna kunci. Jadi, saya dengan adik saya dengan penuh rasa ingin mencuba, memasukkan air paip yang diisi ke dalam tangki petrol kete.

Fuh, dengan rasa bangga dapat isi air dalam tangki minyak. Kebetulan moyang saya nampak dan bagitau kat mak. Dengan penuh kasih sayang, saya ngan adik kene kurung dalam bilik air. Hihihihi...

Terpaksa mak mintak tolong pak sepupu depan rumah keluarkan abis air yang diisi dalam tangki petrol tu.

Hahahahaha..

0 komen:

Catat Ulasan