Rabu, 29 April 2015

Al-Kisah Saya & ... - Saya & Penampar Cikgu


Al-Kisah Saya & ...

Saya & Penampar Cikgu

Semasa saya berada di darjah 3, perangai saya menjadi2 nakalnya. Saya selalu koyakkan buku latihan kat bahagian tengah tu. Kertas yang dikoyakkan tu saya gunakan untuk melukis kartun. Koyak punye koyak sampaikan buku latihan yang 80 helai, boleh tinggal separuh. Mengamuk ayah saya.

Itu ok lagi. Paling teruk, saya pemalas tahap kritikal. Pergi sekolah kadang buku teks tak bawak. Pensil, pemadam, pembaris pun selalu tertinggal. Tengok atas mood. Mood ok, saya bawaklah semua. Mood malas datang, memang sengaja tinggal buku teks sebab nak ringankan beg sekolah ni.

Hinggalah suatu hari semasa subjek bahasa inggeris. Saya masih ingat lagi cikgu saya bernama Cikgu Halim. Cikgu Halim ni agak kelakar orangnya. Kadang2 je die serius.

Disebabkan saya anggap dia kelakar, saya main2 dalam kelas. Buku teks tak bawa. Kene plak hari tu saya tak bawak pensil. Semasa dalam kelas, Cikgu Halim minta setiap orang baca satu karangan dalam buku teks. Sampai giliran saya, saya takde buku teks. Cikgu suh kongsi. Masalahnya, saya dah tak tahu kat mana orang baca karangan tu kerana asyik melukis kartun (pensil pun pinjam kawan).

Cikgu Halim agak bengang dengan saya, PAAAAAAANNNGGGGGGG! Penampar jepun hinggap kat pipi saya. Fuh, berdesing dan berpinar mata. Nak nangis ada, malu pun ada. Sah2 tak berani nak ngadu kat mak ayah. Kalau tak double confirm dapat penampar extra.

Sejak hari tu, saya bertekad, saya nak jadi pelajar rajin dalam kelas. Taknak buat cikgu marah. Bawak semua buku teks dan peralatan lain. Alhamdulillah, masuk darjah 4, saya naik kelas. Keputusan peperiksaan agak ok masa tu.

Terima kasih Cikgu Halim. Kalau tak kerana penampar cikgu dulu, tak tahu saya jadi manusia yang jenis camne hari ni.

0 komen:

Catat Ulasan