Selasa, 3 Januari 2017

Saudagar Lobster: Langkah Pertama

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Dah setahun bercita2 nak bela lobster sendiri, tapi tak tercapai. Banyak angan2 daripada bertindak. Biasanya, angan2 mat jenin. Huhuhu.

Susah betul duk cari tempat yang ada sediakan kursus penternakan lobster ni. Kalau ada, jauh sangat. Tapi jauh tu tak kisah sangat. Yang jadi masalah, bila duk google, mesti jumpa blog2 yang dah tak aktif. Tak pun tarikh kursus penternakan lobster yang dahpun terlepas.


Akhirnya, malas nak banyak fikir, belilah jugak sikit barang2 untuk mula bela lobster kecil2an. Beli akuarium 2' x 1', pam air sekali penapis, garam akuarium, palet tenggelam dalam air, anti klorin dan sauk. Kos habis lebih kurang RM170. Hajat dihati nak akuarium 4' x 2.5' tapi stok plak takde. Tapi oklah dulu untuk permulaan. Tinggal lagi paip PVC je yang belum beli untuk perumah lobster nanti.

InsyaAllah kalau tak banjir, hari jumaat ni nak ke bandar Jengka. Nak amik stok induk lobster. Harap2 dipermudahkan segala urusan =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.