Ahad, 15 Januari 2017

Saudagar Lobster: Tips Berhadapan Lobster Nazak

Saudagar Lobster: Tips Berhadapan Lobster Nazak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ni, anok angkat saya (lobster ni lah), mengalami kemurungan, kepenatan, lemah, slow, duduk tersenggeng. Dengan kata lain, nampak nazaknya. Saya agak risau kot2 saya kehilangan sekor lagi lobster setelah 4 ekor induk bentina sudah meninggalkan saya.. sob sob sob....

Kali ni yang kelihatan nazak adalah jantan punya. Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, saya terpaksa masukkan lobster sekor ni ke ICU ataupun dikatakan mengkuarantinkan lobster sekor ni...

Sebelum saya kongsikan cara nak mengkuarantinkan lobster ni, kite tengok dulu punca2 lobster boleh jadi nazak...

1. Kemungkinan besar sebab lobster bergaduh. Punca utama bergaduh adalah disebabkan rumah yang tak cukup. Jumlah paip pvc yang digunakan mestilah lebih banyak daripada jumlah lobster yang ada.

2. Air berasid. Air berasid berpunca daripada air hujan yang baru turun. Mungkin juga disebabkan sisa makanan yang tak habis terlalu lama. Mungkin juga disebabkan oleh ada bangkai haiwan lain yang terlalu lama dalam akuarium tu.


Kalau ada ciri2 tu, cepatlah2 tukar air lain Untuk lobster yang kelihatan lemah, perlu diasingkan secepat mungkin.

1. Asingkan ke dalam 1 bekas khas. Letakkan garam akuarium dalam air tersebut.

2. Gunakan 1 pam udara khas untuk bekas tersebut untuk membekalkan oksigen kepada lobster yang nazak.

3. Letak rumpai laut sebagai makanan dan juga pembekal oksigen jugak.

4. Biarkan selama 24 jam dan tengok prestasi lobster tersebut.

Alhamdulillah, lobster saya yang nazak berjaya diselamatkan. Selepas lebih 24 jam, kelihatan aktif semula. Jadi, tempoh ICU @ kuarantin berakhir dan boleh dimasukkan bersama2 lobster yang lain =)

1 ulasan:

  1. baru tahu pasal rumpai tu....
    alhamdulillah, lobster sempat diselamatkan
    yg syok tgk lobster nie bila dia tukar kulit..
    lepas tukar kulit, sizenya akan akan jadi lagi besar..
    banyak kali juga dia tukar kulit nanti..

    BalasPadam