Selasa, 10 Januari 2017

Saudagar Lobster: Lobster Mati Kerana Perumah

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Semalam lobster yang agok lemoh tu, telah kembali ke pencipteNye... sob sob... Tibe2 plok, ade sekor lagi pun turut same lemoh dan juge telah kembali... Innalillah...

Jadi, sudah 2 ekor induk bentina sudoh tiada. Apa buleh buat. Memang takde jodoh dengan lobster2 jantang hok ade dalam akuarium tu.

Setelah dijenguk, diselidik, di tanye, di gugel dan macam2 kajian dibuat, rupe2nye lobster tu mati sebab bergaduh. Punce utama bergaduh adalah sebab dok cukup perumah atau flat atau kondominium... Huhuhuhu...


Dalam akuarium, mesti sediakan banyok tempat2 menyorok untuk lobster mendapat tempat privasi. Biasanya orang gunekan paip PVC untuk tempat lobster sembunyik. Inilah yang dipanggil perumah.

Silap saya, saya tak sediakan perumah yang cukup. Saya sangkakan, dengan paip saiz besar, mungkin lobster2 ni buleh berkongsi rumoh dan kasih sayang. Rupenye tidok. Jadi, diorang akan bergaduh untuk merebut tempat. Yang gagoh akan mendapat tempat, yang lemoh akan mati...

Nasihat saya, bile dah ada induk lobster, pastikan tempat tinggal lobster dah disediakan selengkapnya.

Itulah alkisahnye...


P/S: Dasat lobster punye sifat kanibal. Abis ilang kaki lobster yang mati ni dimakang oleh mereka2...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.