Jumaat, 23 September 2011

Joomla - Perisian Sumber Terbuka Untuk Pembangunan Laman Web

Pada artikel yang lepas, saya ada berikan kepada pembaca blog saya, panduan PERCUMA "Cara Setup Kedai Online Dalam Masa 5 Minit & Terus Berniaga". Sudahkah anda mendapatkannya?



Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, perkara yang agak penting dalam dunia internet. Ianya adalah berkenaan pembinaan laman web menggunakan perisian sumber terbuka iaitu Joomla.



Laman Web - Platform atau Kedai Online

Sekiranya anda telahpun memiliki produk yang hendak dijual di internet samaada produk fizikal, digital ataupun perkhidmatan, anda pasti memerlukan satu platform jualan iaitu laman web. Laman web diibaratkan seperti sebuah kedai yang dijalankan secara maya selama 24jam, tanpa henti.

Kod Dan Perisian Pembangunan Laman Web

Kalau dulu, laman web dibangunkan menggunakan HTML (HyperText Markup Language). Selepas itu, beberapa perisian yang lebih mudah digunakan dan menggunakan konsep WYSIWYG (Whay You See Is What You Get) menggabungkan dengan kod HTML seperti Microsoft FrontPage, Kompozzer dan lain-lain.

Selain itu, laman web juga boleh dibangunkan menggunakan kod atau bahasa pengaturcaraan PHP, ASP dan lain-lain.

Joomla - Perisian Sumber Terbuka

Kini, satu perisian sumber terbuka (open source) telah dibangunkan iaitu Joomla. Anda boleh mendapatkan definisi Joomla melalui Wikipedia - Joomla.

Kini, banyak laman web telah dibangunkan menggunakan perisian Joomla. Yang paling banyak adalah laman-laman web kerajaan seperti Kementeria Pelajaran Malaysia, Kementerian Kewangan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain lagi.

 Apa yang penting, saya baru sahaja belajar menggunakan Joomla peringkat asas setelah lebih setahun saya mencari tempat-tempat yang menawarkan kursus Joomla. Malangnya, di kawasan Terengganu, langsung tiada kursus ini dibuat. Panduan dalam bentuk ebook amat sukar diperolehi terutamanya dalam bahasa Melayu.

Ada seorang anak muda di Malaysia, telah menyediakan satu panduan Pakar Joomla yang saya percaya, mampu membantu anda sekiranya anda berminat dalam pembangunan laman web. Saya sendiri telah mendapatkan ebook Pakar Joomla, dan Alhamdulillah, akhirnya hampir 90% pembelajaran saya adalah melalui ebook ini. Sekiranya ia berkesan dan mampu memahamkan saya, saya yakin, ebook ini mampu menjadikan anda seorang Pakar Joomla!

Dapatkan Panduan Lengkap PAKAR JOOMLA - Cara Mudah & Pantas Untuk Membina Laman Web di sini!

3 ulasan:

  1. Joomla nie rumit n banyak sgt benda... Better using Wordpress jer... Bukan x ada plugin ntuk e-commerce :D

    BalasPadam
  2. cam komplek je nak wat web sendiri...huhu..:(

    BalasPadam