Sabtu, 20 Oktober 2012

Elakkan Blog Anda Dipadam - Persediaan Awal Amat Penting!

Seringkali saya mendengar beberapa rakan blogger terutamanya yang menggunakan platform blogspot mengadu yang blog mereka telah didelete a.k.a dipadam oleh Pakcik Google tanpa rasa kasih sayang, tanpa notis, tanpa amaran. Pastinya sedih bila hasil blogging bertahun-tahun hilang ditelan badai ~ chewah ~


Jika ditanya, apa faktor blog boleh dipadam tanpa last warning terakhir, saya hanya jawab, "Entoh, saya pun tak tahu." Huhuhu, jangan marah. Salah satu faktor, kemungkinan ada insan yang melaporkan perlakuan SPAMBOB ke atas blog kita. Entahlah, kadang-kadang kita tak buat pun benda-benda haram camtu, tapi jadi juga mangsa mereka yang iri hati dengan kita.

Walaubagaimanapun, beberapa langkah penting perlu dibuat untuk memastikan blog kita terus kekal aktif walaupun Makcik Google memadamkan api blog kita. Di antaranya ialah:

1) Jangan jangan jangan jangan dan jangan serta jangan sesekali melakukan SPAM!
2) Sentiasa download template blog kita setiap kali blog kita dimodifikasi. Caranya ialah pada control panel blog, pergi ke Template >> Backup / Restore (kedudukan: atas kanan) >> Download full template. Anda akan mendownload satu fail berformat .XML. Simpan baik2 fail ini.
3) Sentiasa lakukan backup posting kita. Caranya ialah pada control panel blog, pergi ke Settings >> Other dan pilih Export blog dan tekan Download Blog. Sekali lagi, anda akan mendownload fail berformat .XML. Simpan dan belai fail ini dengan penuh kaseh sayang =)

Jadi, kalaulah ditakdirkan Atuk Google memadamkan blog kita, kita dengan penuh senang lenang boleh membuat blog baru dan upload kembali template serta posting yang telah dibuat.

"Bro Peja, masalahnya, orang kenal blog saya melalui link http://pejasukri.blogspot.com. Macam mana orang nak tahu saya dah tukar blog saya tu. Tolong la!"


Ehem ehem, itulah orang tua dah pesan, sediakan payung sebelum hujan. Haaaa, apa caranya? Caranya ialah dengan menggunakan domain kita sendiri.

"Ala bro, saya suke blogspot. Tak suka gune wordpress"

Aduiyaaa, tukar domain je bang. Bukan tukar hosting. Hosting tetap guna blogspot punya. Domain / link / url / alamat blog kita je yang ditukar. Tukar kepada .com macam blog saya ni, faizalsyukri.com.

"Boleh ke bob bro Peja?"

Eh, boleh la... yang saya guna ni, tak ke blogspot. Ok aje tukar jadi .com. Still guna blogspot. Jadi, selepas ini, kalau orang lain akses http://pejasukri.blogspot.com, dia akan terus ke http://www.faizalsyukri.com gak.

Katakan, Nenek Google dengki dengan saya dan padam papan hitam blog saya, saya boleh create akaun baru, upload template dan posting saya dan gunakan balik domain faizalsyukri.com saya ini. Selesai masalah =)

"Macam mana nak tukar domain ni Bro Peja"

Oppss, lupe plak... Beli domain, set DNS --> CNAME, A Records dan setting dalam akaun blogspot. Siap. Kalau tak tau gak, senang camnila, saya offer anda dapatkan domain daripada saya dengan harga RM35 setahun dan saya caj upah setting RM35. Jadinya RM70. Ala, upah setting tu sekali aje. Tahun depan bayar untuk domain aje. RM35 je setahun bersamaan RM2 sebulan.

"Mahal lah broooooooo"

Mahal lagi? Oklah, sehingga 22 Oktober 2012 jam 11.59malam, saya kasi diskaun RM20. Bermakna, untuk kali pertama anda hanya perlu bayar RM50 aje kat saya. Tapi kene cepatlah. Pada detik 12.00tengah malam 23 Oktober 2012, tawaran ini tamat tanpa kompromi dan tanpa kasih sayang. Bukan itu saja, saya kasi PERCUMA plak ebook "Pendapatan Santai Dengan Blog".

Kalau berminat, boleh terus hubungi saya, Faizal, No tel: 014-606 9996, Email: admin@faizalsyukri.com, FB: http://www.facebook.com/pejasukri

"Walaweh bro, saya nak gak email dengan macam bro. @namasaya.com. Boleh tak?"

Boleh, tambah RM20 lagi... Hehehehehe...

4 ulasan:

  1. memang dah lama teringin nak ada domain sendiri tapi x nak tukar hosting.

    nanti sy PM abg. saya busy skit.

    BalasPadam
  2. yg buat email tu,eca xreti...hahaha.

    BalasPadam
  3. @Faizal Syukri.. :-)

    Segeng r kita.. Buat servis yang sama :-)


    Ikhlas,

    Amin Johar
    Blog: AminJohar.com

    BalasPadam