Pemimpin harus ditaati SELAGI MEREKA taat kepada ALLAH dan RASUL...
Berkata Abu Bakar As-Siddiq semasa menjadi khalifah:
"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu,
bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah
aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong
itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adala
h
kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam
kalangan kamu, lemah di sisi ku sehingga aku mengambil daripadanya hak
(menghalang apa yang bukan haknya), insyaAllah. Jangan kamu
meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad,
melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku
taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka
tiada ketaatan untukku."
Jadi siapalah kita berbanding Saidina
Abu Bakar As-Siddiq sehingga tidak boleh ditegur? Adakah kita sempurna
seperti Saidina Abu Bakar yang telah dijamin masuk syurga?
negara itu lps itu baru pemimpin..hehehe
BalasPadamYa, siapalah kita jika tidak boleh ditegur langsung..
BalasPadamBelum tambah adanya kerenah birokrasi nak tegur2 ni.
ps: Lama tak menulis blog bro? =)
Agak bz... tak sempat nak update :)
BalasPadamTerimkasih untuk informasinya
BalasPadam