Rabu, 1 Januari 2014

4 Tips Pemasaran Facebook


Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan jualan, tapi masih belum berhasil, mungkin ada sesuatu yang 'tidak kena'. Mungkin tak kena pada cara pemasaran, mungkin tak kena pada cara penyampaian, gambar, ayat jualan dan lain2.

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu:

1) Gunakan gambar atau video yang menarik. Cuba elakkan dari menggunakan gambar produk. Contoh: sekiranya anda menjual produk kurus, anda boleh meletakkan gambar testimoni pelanggan yang slim

2) Gunakan ayat deskripsi berbentuk komunikasi 2-arah. Ayat berbentuk pertanyaan, meminta pendapat, mampu meningkatkan tahap respon pada iklan. Contoh: Sekiranya anda menjual jam, anda boleh bertanya kepada bakal pelanggan warna jam yang mereka sukai.

3) Berkongsi sedikit tips. Jangan terus menggunakan ayat berunsurkan jualan. Contoh: Sekiranya anda menjual tudung, anda boleh berkongsi tips penjagaan tudung supaya tidak cepat pudar.

4) Cara promosi yang berkesan. Jangan menggunakan kaedah tag gambar, post pada wall rakan, spam pada group atau page. Kaedah ini boleh menyebabkan peniaga dibenci. Silap haribulan, boleh diblok. Salah satu kaedah pemasaran yang agak berkesan ialah menggunakan FB Ads atau pengiklanan fesbuk.

Anda ingin belajar pengiklanan fesbuk?
Sila klik >> http://on.fb.me/19Wxq6l

Untuk melihat testimoni peserta yang pernah menyertai kelas online ini,
sila klik >> http://on.fb.me/17C3uMI

1 ulasan: