Jumaat, 14 Mac 2014

Kelahiran Putera Sulung Kami


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, setelah hampir 4 tahun saya dan isteri (www.azila.my) bersama, akhirnya Allah kurniakan cahayamata kepada kami. Pada 12/03/2014 jam 8.07malam, lahirlah putera kami iaitu Alif Haikal Bin Faizal Syukri =)

Wahai Alif Haikal Bin Faizal Syukri,
Alif Haikal putera hati abah dan umi...
Alif Haikal penawar hati dan duka kami...
Hampir 4 tahun abah dan umi menanti...
Kami tidak tahu selama mana Alif Haikal bersama kami...
Mungkin abah dulu dijemput Ilahi...
Mungkin umi dulu dijemput Ilahi...
Mungkin juga Alif Haikal dulu dijemput Ilahi...
Kita semua adalah pinjaman dan bila-bila masa kembali.

Abah dan umi mahu Alif Haikal menjadi seorang pejuang Islam bila sampai masanya...
Abah dan umi ingin lihat Alif Haikal menjadi orang yang berguna...
Bukan kemewahan, bukan pangkat, bukan harta ukuran sebenar di dunia...
Kalau dapat semua tu, semoga ianya di bawah kawalan agama...
Paling penting, doa dan amalan Alif Haikal tika abah dan umi selepas kami tiada...
Semoga Alif Haikal dizinkan Allah sebagai pemberi syafaat kepada abah umi di akhirat sana...

Selamat datang Alif Haikal Bin Faizal Syukri =)


P/S: Kot2 ade yang nak menyumbang tu, blh buat sumbangan ke:
Maybank - Faizal Syukri Bin Mohamad - 113087020714
CIMB - Faizal Syukri Bin Mohamad - 7611041865

Hahahahahahaha... TQ =)

0 komen:

Catat Ulasan