Isnin, 2 Jun 2014

Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17


Ada sape2 pembaca blog ni yang dipanggil untuk temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17? Jika ada, tahniah saya ucapkan. Bagi yang telah memohon, tapi yang masih belum dipanggil, mungkin belum rezeki. Tapi, jangan putus asa. InsyaAllah akan ada peluang untuk anda dipanggil temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17.

Sebenarnya, saya sendiri pun telah menerima surat panggilan temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17. Tarikhnya 05 Jun 2014 di Jabatan Bomba Kuala Terengganu. Cuma sekarang, tengah fikir nak pergi atau tak. Sebabnya, saya sekarang tinggal di Subang. Lagipun, akhir bulan depan, sekali lagi kene balik Terengganu untuk temujanji isteri kat Hospital Kuala Terengganu. 2 kali balik kampung dalam sebulan, parah kosnye tu =)

Jika ada pembaca di sini yang memang seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17, mohon kongsi sikit tips, teknik, soalan yang akan ditanya dalam temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17. Mudah-mudahan, boleh jadi panduan untuk kawan-kawan yang lain. Atau kalau anda pernah pergi temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 sebelum ni, pun boleh berkongsi pada ruangan komen kat bawah.

Rasanya, kalau saya nak berkongsi tips temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17, saya tak layak sebab tak pernah lagi dipanggil dan tak pernah lagi menghadiri temuduga ni. Lagipun, bila saya google pasal jawatan ni, dah berlambak ada dalam google. Semuanya citer hampir sama je. Jadi, tujuan post ni, sekadar untuk mohon perkongsian dari rakan-rakan yang lain ye.

Apa2pun, selamat maju jaya dan semoga berjaya!

2 ulasan: