Selasa, 27 April 2021

Alahai, Nak Operate Mata Lagi

 

3 hari sblum raya ada appoiment mata. Nak set tarikh operate kali ke 2 mata kiri dan nak tengok samada mata kanan kene operate atau tak. Tapi kemungkinan besar kene operate gak sebab keadaan mata kanan pun makin teruk.

Sekarang tak risau sangat dah operate tu. Dah tau tak sakitpun. Bius penuh bukan rasa ape². Paling teruk pun muntah lepas abis bius dan mata berdenyut main² je.

Yang tak bestnye lepas operate:
1. Facedown selama 2 minggu dari jam 7pagi sampai 10malam. Dengan kate lain, kene meniarap je. Hanya dibernarkan bangun 10minit setiap 1jam.

2. Mata tak selesa rasa berhabuk sebab ada benang dalam mata. Almaklumlah, mata kene tebuk 3 lubang.

3. Pandangan tetap tak nampak ape² kecuali nampak cahaya yang berganda². Er, macam mane nak explain eh. Gini, katekan orang suluh lampu depan kite. Yang nampak hanya cahaya tu berganda² macam ada 20 torchlight depan kite. Padahal 1 je. Ha, gitu lah. Macam mata kiri ni, operate bulan disember 2020, tp cahaya masih nampak berganda sampai sekarang. Cume dah tak banyak macam dulu.

Ha, gitulah alkisahnye.

0 komen:

Catat Ulasan