Isnin, 11 Julai 2011

Affiliate - Antara Fakta Dan Auta

Saya pasti, ramai di antara rakan-rakan blogger yang pernah mendengar program affiliate. Tapi, masih ramai yang masih tidak tahu fakta dan auta berkenaan affiliate ini.


Maksud affiliate ialah SEOrang agen yang berdaftar untuk mempromosikan satu-satu produk melalui internet. Produk yang terlibat adalah samaada produk fizikal, produk digital, produk servis dan lain-lain. Walaubagaimanapun, produk yang paling banyak diadakan affiliate adalah produk digital.

Kebiasaannya, SEOrang penganjur affiliate / pemilik produk, akan memperuntukkan 30% - 50% komisyen daripada harga produk. Tidak dinafikan, program affiliate banyak membantu orang ramai terutamanya blogger yang mencari pendapatan sampingan.




Bagaimana program affiliate berjalan? Katakan saya menghasilkan sebuah ebook Mula Niaga: Offline & Online. Saya tetapkan harga ebook ini RM30. Kemudian, saya membuka pendaftaran affiliate / agen kepada sesiapa saja yang berminat. Setiap SEOrang agen berdaftar akan diberikan satu link khas untuk dipromosikan. Setiap pembelian yang terhasil melalui link anda, saya akan berikan komisyen 50% atau RM15 bagi setiap jualan. Komisyen akan dibayar samaada setiap bulan, setiap 2 minggu atau setiap minggu bergantung pada terma dan syarat.

Fakta: Apa yang penting, pendaftaran affiliate adalah PERCUMA!

Auta: Jika terdapat program affiliate yang mengenakan bayaran, anda harus berhati-hati. Kemungkinan terdapat skim-skim piramid atau skim cepat kaya yang berlindung dengan nama program affiliate.


Fakta: SEOrang agen affiliate mempromosikan produk untuk dijual bagi mendapatkan komisyen. Tiada komisyen bertingkat, tiada downline dan tiada pangkat.

Auta: SEOrang agen affiliate mempromosikan sistem / pelan pemasaran sistem tersebut. Tiada produk terlibat. Jika ada, hanyalah untuk mengaburi mata orang ramai. Melibatkan banyak tingkat dari 1 menjadi 2, dari 2 menjadi 4, atau yang seumpamanya. (Cara ini nampak seperti sama seperti MLM, tetapi hakikat sebenarnya adalah berbeza kerana MLM mendapatkan keuntungan melalui jualan produk, bukan keuntungan melalui penajaan).


Jadi, berhati-hati sekiranya anda ingin menjadi usahawan internet atau usahawan affiliate. Pastikan anda memperolehi ilmu dan maklumat lengkap mengenai affiliate yang hendak disertai. Saya sarankan anda mendapatkan Video Modul Usahawan Affiliate secara PERCUMA di http://bit.ly/iBA2nQ

Selamat maju jaya!


Yang mana satu idaman kalbu?
Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Jom Main Game Online | Makan Ais-Krim Sebelum Berperang | Prepaid Internet | Siapa Mahu Kereta Audi A5? | Larry Crowne 2011 Trailer | F & N Fun Fest | Perihal Telefon Pintar | Apa Yang Akan Dibeli Jika Ada RM100,000? | Earth Hour | Buat Duit Dengan ChurpChurp | Perlumbaan ChurpChurp & Hadiah Menarik | Toyota Vios G & Vios TRD Sportivo | Indahnya Dunia 

Untuk mengelakkan anda terlepas sebarang info, tips, teknik, cabutan bertuah dan lain-lain dari blog faizalsyukri.com, sila masukkan nama dan email anda di bawah. Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.


Name
Email


12 ulasan:

  1. owh mcm tue..
    affiliate : promosi iklan..
    err..sgtla lmbb dlm hal2 cmni..haha
    Thanks for that info..

    BalasPadam
  2. affliate ni mmg sop suka kalau produk yg bagus.. mmg boleh dpt komisyen :)

    BalasPadam
  3. yap, talif pun suka affiliate yang produknyer bagus... :) Sokong En. Sop :)

    BalasPadam
  4. mmm betul ke free ni peja? ingat nk cuba nih.:)thnks this info.

    BalasPadam
  5. betul tu..mmg kena hati2 n pilihlah affiliate program yg btl2 pure..

    BalasPadam
  6. Tak pernah lagi dapat duit melalui affiliate ni. Boleh cuba ni

    BalasPadam
  7. cam best je programn affiliate ni.

    BalasPadam
  8. pernah join affiliate dlm internet..tapi byk yg tipu..habis je duit aku

    BalasPadam
  9. program affiliate ni ada yang percuma dan ada yang berbayar. Takde masalah nak sertainya. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.