Ahad, 3 Julai 2011

Facebook - Medium Komunikasi Utama

Hari ini facebook merupakan salah satu medium perhubungan yang agak penting untuk komunikasi. Ianya kini menjadi cara utama perhubungan di antara rakan-rakan, ahli keluarga, perniagaan, peribadi dan lain-lain.


Saya boleh lihat, semakin ramai rakan-rakan saya sendiri yang dahulunya tidak minat berniaga, kini dah mula menjadikan facebook sebagai tempat permulaan perniagaan mereka. Terdapat pelbagai faktor dan salah satunya kerana untuk membuka akaun facebook, tiada kos dikenakan manakala perkhidmatan iklan facebook adalah diantara perkhidmatan termurah di dunia. Untuk mendaftar akaun facebook pun mudah sehinggakan SEOrang kanak-kanak pun boleh membuatnya!

Sehingga kini, lebih 400juta pengguna facebook di seluruh dunia dan yang mengejutkan, lebih 4 juta pengguna adalah dari Malaysia.




Walaubagaimanapun, terdapat beberapa individu telah melakukan sedikit kesilapan dalam mempromosikan perniagaan. Di antara kesilapan yang kerap berlaku ialah:

1. Mencipta profil peribadi untuk tujuan perniagaan. SEOrang peniaga yang menggunakan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan bukanlah satu kesalahan, cuma kekuarangan profil peribadi ialah jumlah kawan yang boleh ditambah terhad kepada 5,000 orang sahaja. Berbeza dengan fan page, tiada had jumlah like yang dibenarkan. Jadi, anda boleh mendapatkan prospek seramai mana yang anda inginkan.

2. Tag gambar produk tanpa kebenaran pemilik nama. Tidak dinafikan, kadang2 kaedah tag gambar ini lebih cepat info produk anda diterima oleh orang ramai, walaubagaimanapun, kaedah ini - jika tanpa kebenaran pemilik - boleh menyebabkan produk anda dan diri anda sendiri kemungkinan didelete oleh pemilik profile tersebut dari senarai rakan-rakan.


Terdapat banyak lagi kesilapan lain, tapi dua perkara ini antara yang paling banyak berlaku. Oleh itu, elakkan daripada melakukan dua perkara tersebut untuk meningkatkan lagi kredibiliti anda. Jadilah SEOrang peniaga yang beretika =)

Untuk itu, saya menyarankan anda mendapatkan Laporan PERCUMA Rahsia Iklan Facebook. Laporan ini boleh diperolehi daripada link ini: http://bit.ly/mK4UYY


Semoga ianya bermanfaat untuk anda.


Yang mana satu idaman kalbu?
Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Pandu Uji Proton Inspira | Muzik + Biskut = Cinta? | Perihal Telefon Pintar | Nak RM1,000? | Buat Duit Dengan ChurpChurp | Perlumbaan ChurpChurp & Hadiah Menarik


Untuk mengelakkan anda terlepas sebarang info, tips, teknik, cabutan bertuah dan lain-lain dari blog faizalsyukri.com, sila masukkan nama dan email anda di bawah. Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.


Name
Email


23 ulasan:

  1. elie da lama takde fb!
    diactivate!
    heheh

    BalasPadam
  2. btl tue..sokong point no dua..
    kdg2 benci pula bila di tag byk kali.
    tmbhn lg product yg mmg sy x minat..urghh..

    BalasPadam
  3. Aq ada fb tp aq xbrniaga. Terimakasih ats info brguna ni.Aq ada fb tp aq xbrniaga. Terimakasih ats info brguna ni.

    BalasPadam
  4. masa mula2 syok la..tapi bila dah lama2 jadi bosan dengan berniaga melalui online nih..hehe ramai sangat org buat..

    BalasPadam
  5. Elie Lily: aktifkan balik :D

    echaRierie: saya biasanya kalau nak tag ape2, saya akan mintak kebenaran dari tuan empunye badan...

    merah_s: sama2...

    Just Call Me Bitt: kalau nak kire, perniagaan offline pun ramai gak org buat...

    BalasPadam
  6. Tak perlu tgk laporan pun skrg dah ramai tahu teknik berniaga di facebook...benda ni dah agak ktinggalan...Tp facebook mmg bagus klu nak ping entri kat blog...hehe itu pun klu topik hngat pasal isu2 semasa.

    BalasPadam
  7. sy pun x suka org tag gmbar produk yg dijual..kalu sy nak sy leh tgk dlm feed kat main page kan..hmmm...

    BalasPadam
  8. sama jugak,diorg ni main taq je gbr tu.alih2 penuh wall kita dgn gbr produk dn sbgnya.tmbh2 nk puasa n nk raya ni,mcm2 ada...apa2 pun saya msh belum percaya dgn belian online.lebih suka cara in person dgn penjual.(mungkin konservatif sikit)

    BalasPadam
  9. Klik Aje !: Ye betul, saya setuju. Tapi laporan ini lebih kepada orang yang masih baru dan tak tahu kaedah sebenar berniaga di facebook.

    @xiM: Same2 :D

    Ibu Mifzal Arsyad a.k.a Wan Ainey: Huhuhu, kalau saya kene tag, saya ada kaedah saya sendiri nak balas camne :D

    Chempaka Aziz: Bergantung kepada persepsi setiap orang. Diakui, ade org yg masih suka dengan COD. Saya sendiri pun tak semua beli ikut online melainkan nama / syarikat tu mmg dikenali..

    BalasPadam
  10. saya tak suke kal kena tag benda mngarut..trus delete...

    BalasPadam
  11. nairaariaa: saya tag produk ok lg.. tp tag yg pgg duit anti skit...

    klanafana: same2 :D

    BalasPadam
  12. saya tak suka bila ada orang add untuk berbisnes...

    BalasPadam
  13. yg paling benci bila tgk style nak pncing org join biz dia siap tabur2 duit note RM50 kat atas badan lagi...kalo dah kaya sgt xpayah tnjuk2 smpn duit tu wat pergi mekah & sedekah kat ank2 yatim lg bgus...hoho...manusia paling kaya dlm dunia pun xwt cmtu...apolah...nak biz boleh biarlh berhemah sikit ek

    BalasPadam
  14. ada segelintir pengguna facebook main add je orang, semata-mata utk dia boleh tag gambar produk dia sesuka hati.

    merimaskan!

    BalasPadam
  15. hmm..kalau tag produk tu rasanya ok je..boleh la jamu mata. Tapi tang tag gambar dok pegang duit juta2 tu adduh nyampahnyaaa ~

    BalasPadam
  16. Salam, hujah yang kukuh saudara berikan diatas sudah cukup untuk meyakinkan ramai, tetapi masih ada keburukkan yang ada di Facebook seperti saudara diatas nayatakan.. Kita sebagai manusia tidak bertuhankan wang ringgit tetapi mencari wang ringgit untuk menyara keluarga, bukan begitu tuan blog.. Itu hanya pandangan saya sahaja.. :)

    BalasPadam
  17. woh yer ker,,bru tau lah,,tpi x pernah plk bisnes online lagi,xder masa n kurang pengetahuan la,,lagipun nympah plk bila buka fb rs mcm buang msa jer tgk pic n status org

    BalasPadam
  18. Salam. saya setuju dengan kesilapan yang kedua. Memang selalu berlaku. Sehinggakan emel alert pasal orang tag kita melimpah ruah.

    Kesilapan yang pertama mungkin terlalu kecil dan tidak menjadi masalah kepada orang lain kecuali peminat fanatik yang terlalu ramai.

    Wordpress 3.2 memang best @ Blog NETonX

    BalasPadam
  19. Memiliki akaun Facebook sudah menjadi satu trend zaman sekarang...

    Blog Baru >> http://savebudget.net

    BalasPadam
  20. FBku dah lamaaa deactive. hik hik :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.