Jumaat, 12 Ogos 2011

Resepi Dan Cara Membuat Mee Bandung Batu Pahat

Baru-baru ni saya dan isteri telah mencuba satu resepi membuat mee bandung batu pahat. Tak sangka akhirnya saya berjaya menjumpai resepi membuat mee bandung yang amat lazat berbanding mee bandung yang biasa saya makan di kedai makan.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, apa yang saya tahu (kalau salah, perbetulkan ye), mee bandung batu pahat dan mee bandung muar tidak banyak perbezaannya. Bahan-bahan yang digunakan pun hampir sama. Ok, tanpa melengahkan masa, saya akan berkongsi resepi dan cara membuat mee bandung Batu Pahat.



Resepi Dan Bahan Yang Diperlukan Untuk Mee Bandung Batu Pahat


1. Sepaket rempah mee bandung.
2. Air rebusan daging 1 liter (baca panduan di bawah).
3. Mee kuning 500gram.
4. Daging dihiris nipis (ambil dari air rebusan).
5. Telur 3 - 4 biji.
6. Sedikit sawi.
7. Pilihan lain seperti udang, sotong kembang, fish cake dan kerang.

Cara Memasak Mee Bandung Batu Pahat


1. Campurkan sepaket rempah dengan 1 liter air rebusan daging. Kacau sebati.
2. Masukkan daging dan bahan pilihan lain.
3. Pecahkan telur.
4. Bila telur sudah masak, masukkan mee kuning dan sawi.


Penyediaan Air Rebusan Daging Untuk Mee Bandung


Bahan-bahan: Air 2 liter, daging lembu 200gram, rempah tumis 50 sen, minyak masak 5 sudu makan.

Cara-caranya:
1. Tumiskan rempah tumis.
2. Masukkan 2 liter air dan daging.
3. Tutupkan periuk dan tunggu hingga daging empuk dengan api sederhana (+- 30 minit).

Mee Bandung Batu Pahat Yang Telah Siap



Mee bandung batu pahat boleh dijadikan makanan sahur, juadah berbuka puasa dan juadah di hari raya =)


Oppsss, lupa pulak.. Camne saya buat perencah atau rempah mee bandung ni? Huhuhu, saya gunakan rempah segera mee bandung yang dah siap. Kalau berminat nak tahu maklumat lanjut berkenaan rempah ni, boleh hubungi saya melalui salah satu medium di bawah:

Email: admin@faizalsyukri.com
YM: faizalsyukri
FB: http://facebook.com/pejasukri
Fan Page: http://facebook.com/faizasyukri - pohon like ye =)

ataupun anda boleh terus ke [Link Akan Dikemaskini]. Terima kasih! =)

45 ulasan:

  1. Sama jer macam mee bandung muar.ker sebab buat dekat batu pahat jadi mee bandung batu pahat

    BalasPadam
  2. sedapnye mee bandung...boleh jgak try resepi nie...heheheboleh buat buka pose..hehe

    BalasPadam
  3. Lazat betul la. Belum pernah lagi rasa resepi Mee bandung dari baru pahat. Hujung minggu ni nk try la :)

    BalasPadam
  4. sesuai kalo nak buat berbuka puasa..

    BalasPadam
  5. drop by klik klik iklan..
    sama2 jana tabung dgn nffng...
    jom klik2.. singgah2 seketika dan klik.

    BalasPadam
  6. Tu mee bandung muar hehe..Kalau nak rasa mee bandung Bee Pee pergi kat Odeon berdekatan Bus Stand

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mee bandung Odeon Bp tu bro.. Kuah Kacang beza dengan muo punye style. Antara bezanya. Bp tak pedas, muo sebaliknya. Lagi satu kat odeon sekarang kebanyakkannya org baru, org2 lama mcm famili saya dah niaga kat luar. seperti di Taman Nira.So kalau nak makan mee bandung odeon versi pak Man Gemok leh oder rempah dari tuan tanah. atau leh ke taman nira Bp. atau leh ke Restoran Afiqah G81 Jln Sg 3, prima sri gombak, batu caves. belakang balai polis baru sri gombak, bertentang dengan bank islam.

      Padam
  7. Mee Bandung BP Tak Best Pun..Mi Bandung Muar Baru Best :-p

    BalasPadam
  8. bila baca tentang resepi ni teringat plk kat masakan ibu di kampung jauh nun di sana. Anakmu disini hidup di perantauan mencari rezeki. Nnti anakanda dah pulang nenda buatkan satu Mee Bandung special punyanya. Thankz my umie n thnkz to tiz blog for sharg tiz delicious menu.

    BalasPadam
  9. seriously sedap..sy dhla peminat mee bandung..lagi2 muar..ingatkan muar jer ader mee bandung..batu pahat pon ader..=)) bolei la try..sudah salin di HP lagi..

    BalasPadam
  10. sedapnya boleh buat menu untuk berbuka ....

    BalasPadam
  11. tak pernah makan mee bandung muar.. nanti leh cuba nih

    BalasPadam
  12. mee bandung muar dan bp memang terbaek. lau compare ngan negeri len memang tiptop johor. sebab kuah die memang jauh lagi sedap, berkacang, berempah, wah!!!

    BalasPadam
  13. memang banyak2 mee bandung.. mee bandung muar n bp sedap.. tapi tak tahu lak due ni ade perbezaan.. :D

    BalasPadam
  14. wahhhh, bleh try t berbuka esok ni. haha :D

    BalasPadam
  15. wah..sedapnye..boleh try nnti..thanks for the recipe..:)

    BalasPadam
  16. ingatkan semua buat sendiri. perencah segera tak hairan lah... apa pun mee bandung mmg sedap

    BalasPadam
  17. tetiba rasa nak buat mee bandung sebagai juadah berbuka puasa petang ni. ^_^

    tapi perencah segera tak ada, nampaknya kena buat sendiri... mengasah skill yang dah lama ditinggalkan, harap2 menjadi :)

    BalasPadam
  18. senang sungguh aktiviti memasak skrg siap ada rempah khusus utk membuat apa2 juadah pun.

    BalasPadam
  19. Hello dear friend.
    Good Monday
    and happy week.
    Teb.

    BalasPadam
  20. mee bandung~~ sedap tuuuuuuuu~~ :D

    BalasPadam
  21. tak pernah buat mee bandung. tapi sangat suka!

    hehe pakai rencah best:)

    BalasPadam
  22. wahhh... kau saje kaannn...

    mesti cuba nih... hmm... pasal perencah mee bandung tu kannn... perencah cap ape ye yg terbaek...

    rasa mcm nak buat je raya nanti... hehe...

    BalasPadam
  23. ni rencah mee bandung muor Mak Poh ke? Kalau ye, sall nak bg tau semua. Mee bandung Mak Poh mmg tersedap.

    BalasPadam
  24. emmmm.... sedapnye mi bandung.... esok nak minta ma butlah utk berbuka... hihi... :)

    BalasPadam
  25. Bagaimana dengan Proton Saga? Ramai orang mengesyorkan kereta jenama Proton.

    BalasPadam