Ahad, 21 Ogos 2011

Kisah Nuzul Al-Quran Dan Keistimewaan Membaca Al-Quran

Pada hari Rabu lepas (17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan), kita telah menyambut Nuzul Al-Quran. Peristiwa yang terjadi pada hari Nuzul Quran adalah satu peristiwa yang amat besar dan penting kerana ianya merupakan satu permulaan kepada ajaran Islam melalui Nabi Muhammad S.A.W.

Kisah Ringkas Nuzul Quran

Peristiwa Nurul Al-Quran merupakan satu peristiwa dimana turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ayat Quran pertama yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah dari lima ayat pertama Surah Al-Alaq. Maksud wahyu pertama: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Tuntutan Menuntut Ilmu Dalam Islam

Jelas di sini, Islam amat menitikberatkan budaya menuntut ilmu. Hanya dengan ilmu, umat Islam boleh maju dalam pelbagai bidang saamada melibatkan perkara duniawi ataupun ilmu untuk bekalan akhirat. Percaya atau tidak, sekiranya anda mengutamakan ilmu agama terlebih dahulu, insyaAllah, jiwa dan minda anda lebih mudah menerima ilmu dunia. Saya sendiri rasa menyesal kerana x meneruskan pengajian ke maahad tahfiz dulu masa ditawarkan. Kawan2 saya yang ke sane, kesemuanya kini dah tamat master pelbagai bidang.

Kelebihan Membaca Al-Quran:

1. Al-Quran akan menjadi syafaat / penyelamat kita di hari akhirat nanti. 2. Mendapat pahala. 3. Allah mempertingkatkan martabat orang mukim yang membaca Quran. 4. Membaca Al-Quran dapat memberikan ketenangan kepada pembacanya. 5. Ibu bapa kita diberi kemuliaan oleh Allah pada hari kiamat. Dan pelbagai lagi kelebihan yang tak mampu diucapkan di sini.

Pelajari Membaca Al-Quran

Sekiranya tak mampu untuk menjadi hafiz 30 juzu' Quran, sekurang2nya, janganlah kita langsung xmengenal al-Quran. Jangan terkejut jika masih ada individu yang masih tidak tahu membaca Quran walaupun sudah berusia 50 tahun! Tidak dinafikan, individu yang tidak tahu membaca Al-Quran, bukannya tak mahu belajar. Tapi mungkin tiada masa ataupun agak malu untuk belajar dalam usia yang agak lanjut. Tapi, Alhamdulillah, dengan teknologi yang ada hari ini, ramai individu mampu belajar membaca Al-Quran.
  Saya amat menyarankan kepada individu yang tidak tahu membaca atau masih lemah dalam bacaan Quran supaya mendapatkan Al Quran Digital Read Pen Ar-Rayyan. Apa2pun, sila layari link ini: http://goo.gl/rlpLE untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Al-Quran Digital tersebut. Y

6 ulasan: