Jadi, atas kesedaran supaya kengkawan lebih memahami, Peja akan kongsikan beberapa istilah2 yang kengkawan perlu tahu... Peja akan kongsikan berkenaan perniagaan internet ataupun online...
Terdapat beberapa istilah berkaitan perniagaan internet. Di antaranya ialah:
1. Affiliate. Affiliate atau juga disebut agen adalah satu program di mana, penganjur atau pengeluar produk melantik individu2 tertentu untuk mempromosikan produk beliau.
2. PPL - Pay Per Lead. Sesetengah pengeluar produk internet akan menganjurkan program PPL bagi mengumpul senarai prospek / bakal pelanggan. Biasanya, pengeluar produk akan menyediakan satu produk PERCUMA untuk diedarkan. Agen affilite PPL ini akan menerima komsiyen berdasarkan setiap lead / email yang mendafar dan memuat turun produk percuma. Kebiasaanya, komisyen PPL hanya di antara RM0.30 - RM1.00 bergantung kepada penganjur.
3. PPS - Pay Per Sales. Komisyen diberikan bergantung kepada jualan yang dihasilkan. Setiap jualan yang diperolehi oleh agen akan diberikan komisyen oleh pengeluar produk. Komisyen yang diterima oleh agen affiliate paling banyak sehingga 2 lapis / level sahaja. Jika lebih dari itu, kengkawan perlu berhati2... Contoh: Peja mengeluarkan satu ebook iaitu ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran dan Pendapatan". Peja melantik Ali menjadi agen affiliate ebook Peja ini. Ebook Peja dijual dengan harga RM20, tetapi sekiranya Ali berjaya menjual ebook Peja melalui link yang disediakan untuk Ali, Ali akan diberikan komisyen RM10 bagi setiap jualan ebook.
4. PPC - Pay Per Click. Komisyen akan diberikan kepada agen apabila prospek klik pada iklan yang dikeluarkan. Salah satu program PPC adalah Nuffnang. Walabagaimanapun, agen program ini tidak dibenarkan sama sekali klik pada iklan sendiri kerana penganjur program ini dapat mengenalpasti samaada ianya diklik oleh anda atau orang lain.
5. Skim cepat kayap / money games: Program yang lebih kepada komsiyen berdasarkan siapa yang menyertai dan membayar untuk pendaftaran. Biasanya tiada produk yang terlibat. Jika ada, ianya sekadar untuk mengaburi mata pihak2 berwajib. Berbeza dengan affiliate, untuk menyertai program affiliate adalah PERCUMA manakala, untuk skim2 sebegini, bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Jadi, jika kengkawan terjumpa mana2 program yang mengaku ianya program affiliate, tetapi anda perlu membayar untuk menyertainya, berhati2 kerana kemungkinan ianya adalah skim cepat kayap.
Perlu diingatkan, tidak semuanya perniagaan internet dan affiliate adalah skim cepat kayap. Perniagaan internet yang sebenar adalah aktiviti jual beli yang melibatkan penjual, pembeli dan produk. Jadi, jangan plak kengkawan menuduh sesiapa sahaja yang menjual ebook atau apa jua produk di internet sebagai scammer ye :D
Ok, rasanya itu aje perkongsian Peja hari ini. Peja harap, kengkawan akan lebih faham mengenai perniagaan internet ye..
-----
Jika anda suka artikel ini, KLIK SINI
Terim akasih diatas maklumat tersebut. Amat membantu untuk membezakan antara skim cepat kayap dan yang kukan.
BalasPadamTerima kasih diatas maklumat tersebut. Amat membantu untuk membezakan antara skim cepat kayap dan yang bukan.
BalasPadamthere's still alot of ppl out there yang susah nak bezakan skim cepat kaya dgn mlm.. thx for your tips. very useful indeed.
BalasPadamthanks for infor
BalasPadamowh sy rase skim yg sy ikot nh,,skim cpt kyap,,skrg nh byk skim gni,,thkns abg peja kasi info bermanfaat
BalasPadamA ShOulDer To Me To CrY oN,,: Emall Penipu??!!
Jadi, kene hati2 dengan skim cepat kayap ni... haaa, satu lg berkenaan MLM... byk skim cpt kayap yang berselindung dengan nama MLM...
BalasPadaminfo yang berguna sy dpt mlm ni..
BalasPadambleh tmbh knowledge sy sbg student dlm business ni..:)
tengs..
menarik!
BalasPadaminfo yg besh... :)
BalasPadamthanx 4 the info..
BalasPadam-RuSh D-
tq peja share info2 nie
BalasPadamkerana kebodohan sndiri...mengikut kwn..terima pdh skrg huhu
BalasPadamooo.info berguna ni..
BalasPadamtp kan skrang ni byk skim cpt kayap ni..cane ye..takot gak..cm respon2u.
yg maybank tu??nk dftr pun kne bayar..then lpas dftr kite akn bg respon kpd pelanggan..pastu dpt la income
http://asia.groups.yahoo.com/group/bisnes/message/113356
tq info ni.at least tak ramai terjebak bila digula-gulakan dengan duit yg banyak.
BalasPadamthankz sbb bagi info nie...
BalasPadamkawan ada buat prniagaan tenet ni..mmg sushla nk dpat kprcyaan,,sebb2 cmnila...
BalasPadamjika kita betul2 jalankan perniagaan internet, kite kene bina kepercayaan dlu...
BalasPadaminfo berguna~~
BalasPadamtu la sbb TK skrg dh x minat nk join pe2 prgrm ada yuran ahli ni..
BalasPadamslalu x lama, msti senyapppp je..
Salam, saya rasa bro ader beli produk RB kursus affiliate betul tak?...tp apa2 pun TQ bro bagi pendapat
BalasPadamchittysarah: Semoga bermanfaat.
BalasPadamtoyolkiut: setuju!
Abu: tak beli... xsempat..
Info yang sangat berguna...
BalasPadamBayi gergasi
best dpt bc info yg sgt2 brguna..x sia2 sy berjln2 d blog org lain..thanks;)
BalasPadam