Sabtu, 20 Julai 2013

Anda Tahu Tak Apa Itu News Feed Facebook?

Mengikut Facebook Help Center, News Feed ialah:
"News Feed — the center column of your home page — is a constantly updating list of stories from people and Pages that you follow on Facebook. News feed stories include status updates, photos, videos, links, app activity and likes."

Setelah di google translate kan dan diolah, ianya bermaksud:
"Medan (kolum) tengah halaman utama anda - ianya senarai yang sentiasa dikemaskini dengan pelbagai cerita dari pengguna facebook (kebiasaannya rakan-rakan anda) dan page yang anda ikuti (follow atau like) di facebook. Perkara yang dikemaskini adalah seperti kemaskini status, gambar, video, pautan, aktiviti aplikas dan sebagainya"

Jadi, dalam facebook anda, bila anda tekan butang Home (atas kanan fb anda) atau link News Feed (pada sebelah kiri fb anda), anda dapat lihat segala maca update dari rakan-rakan anda. Ada juga iklan-iklan dari pengiklan yang menggunakan servis fb ads (kelihatan tulisan sponsored pada post tersebut).




Jangan salah faham. News feed BUKAN wall fb anda ye!

3 ulasan: