Sabtu, 29 November 2014

Coretan Seorang Ayah, Suami, Pelajar, Usahawan Kecil-Kecilan

Sangat jarang saya update blog sekarang... Mungkin sebab sibuk dengan kerja-kerja luar di samping baru habis peperiksaan semester 4 baru2 ni...

 Study group last2 minit sebelum exam.

Alhamdulillah, keputusan meningkat berbanding semester lepas...

Saya akui, saya agak lewat mendapat 'hidayah' dalam bab2 belajar ni. Sepatutnya, saya teruskan sahaja belajar semasa umur awal 20an... Tapi sekarang, umur dah jejak 30an, baru sibuk nak belajar betul2...

Tapi takpe, usia bukan penghalang untuk belajar... Tahun 2002 dulu, saya pernah belajar dalam bidang Diploma Sains Komputer di UiTM Dungun... Tapi, zaman tu adalah zaman gelap, zaman lalai, zaman main2, zaman tak serius, menyebabkan saya tidak dapat meneruskan pengajian... Lebih mendukacitakan, saya mengakhiri pengajian saya pada tahun ke-3 (semester 6) dengan cgpa 2.67 tanpa mendapat Diploma! Pelik tapi benar... Hihi...

Akhirnya, 2 tahun lepas, semasa usia menginjak 28, saya mengambil keputusan untuk belajar semula dalam Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Shah Alam secara e-PJJ... Itupun atas dorongan daripada isteri saya yang menyambung dalam Master IT di UiTM Shah Alam... TQ sayang =)

Bersama lecturer bahasa inggeris lepas presentation kumpulan. Yang tengah tu lecturer dan anak die.

Hari ini, saya melihat ramai kawan2 saya yang konvo Diploma, Degree, Master dan PHD... mereka semua telah menjadi inspirasi saya untuk saya terus belajar... Dengan berbaki 2 tahun lagi (4 semester), insyaAllah saya berniat untuk menyambung ke peringkat degree, seterusnya master dan PHD... tak kisah walau ketika tu umur saya sudah sampai ke 40an... ilmu perlu dicari selagi kite belum mati...

Betul kata jiran saya kat kampung, seorang Professor Madya di UiTM Dungun, sekali kita dapat skor belajar, kita akan terus bersemangat... Alhamdulillah, buat masa ni, cgpa saya 3.73 dan saya berharap saya akan terus mengekalkan dan meningkatkan lagi keputusan saya untuk baki2 sem yang akan datang =)

Alif Haikal sibuk study dengan abah die.

Terima kasih mak ayah saya, isteri dan anak saya,  adik beradik dan ahli keluarga, para pensyarah, cikgu2 sekolah, jiran2, rakan2 dan semua insan yang memberi sokongan kepada saya... i love u all  :D

Last but not least, apa kaitan dengan tajuk artikel ni berkenaan usahawan kecil2an? Sebenarnya, ianya adalah satu bisnes yang modalnya rendah, tapi mempunyai potensi pendapatan yang sangat besar. Inilah yang saya sedang usahakan dengan target mampu mencapai pendapatan 5 angka dalam masa 1 tahun dari sekarang. Kirenye bisnes guna telefon bimbit! Anda berminat? Boleh hubungi saya:
Call / Whatsapp: 0146069996
Email: admin@faizalsyukri.com
FB: http://fb.com/pejasukri
 

2 ulasan: