Isnin, 3 Mei 2021

Obestiti dan Kencing Manis a.k.a Diabetes


 Obestiti dan Kencing Manis a.k.a Diabetes


Saya merupakan seorang yang obesiti. Pernah capai berat 150kg. Pakej sekali dengan diabetes dan darah tinggi tak terkawal sampai saya diberikan insulin dan beberapa jenis ubat kencing manis.


Kali pertama saya diet sendiri, seksa diri. Hanya makan sayur yang tak sedap. Dahlah saya ni tak suka sayur. Tapi tak dinafikan, berat turun sampai 125kg. Tapi, dengan cara makan yang terlalu kontrol, lame2 fedap. Stop dan dah tak minat nak diet. 


Terpaksa consult dengan dietician. Macam biasa, ikut piramid makanan. Kene makan karbo. Insulin dan ubat terus macam biasa.


Bile ade kesedaran semula, start dengan atkins diet. Berat turun lagi sampai 110kg. Menjadi, tapi saya banyak silap sebab banyak benda yang silap jugak. Karbo dan gula dah elak, tapi silapnye sebab elakkan yang jelas depan mata je. Yang tersembunyi dalam sos, dalam mayo, dalam makanan2 lain, bedal jugak semacam. Jadi, gula tetap tak berapa terkawal. Fedap punye pasal, stop atkins, stop ubat, stop insulin.


Sekali lagi jumpe doc asalnye sebab bisul. Tapi gula dan tekanan darah sangat tinggi. Bising doc. Consult dietician, mcm biasa, piramid makanan. Gula terkawal, tapi sebab ubat ngan insulin je. Kenal beberapa orang yang ajar buat IF dan keto diet. Baca situ, baca sini, terpikir, piramid makanan ni macam tak berapa nak kene je. Keto diet dengan atkins macam adik beradik. Cume yela, dulu takde guru. Main hentam je. Keto diet ada jugak guru. Belajar dari doktor, dietician, oakar pemakanan, fitness trainer dan lain-lain.


Alhamdulillah, berat dari 110kg, turun sampai 85kg. Doc dah stopkan segala insulin dan ubat kencing manis serta ubat kolestrol. Baju 3XL dan bleh pakai XL @ L. Seluar 42, boleh pakai 36. Tak cucuk insulin dan tak makan ubat, pun HbA1c makin turun. Gula dalam darah dan tekanan darah sangat terkawal. Alhamdulillah.


Jadi, pikir2 balik, ade something wrong jugak dengan piramid makanan yang kite duk belajar dari dulu. Patutlah Dr Azman ahli parlimen Kuala Kedah duk perjuangkan IF dan low carb no sugar diet untuk reserved diabetes. Pada masa, kaedah LCNS ni bukan je boleh reversedkan diabetes, bahkan berat pun boleh turun.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

0 komen:

Catat Ulasan