Isnin, 17 Mei 2021

Mimpi Rumah Yang Sangat Besar

 


Selama ni mimpi ada rumah besar. Sekadar keluar masuk rumah. Tak pernah nampak detail sangat dalam rumah.

Tapi semalam dapat tengok sejelas²nya di dalam rumah. Rumah saya terlalu besar. Lebih besar dari sebuah negara. Berbillion bilik kat rumah tu diduduki oleh berbillion manusia.

Setiap orang yang jumpe saya akan tunduk hormat kepada saya selayaknya seorang raja.

Saya mempunyai banyak bilik dan semua bilik sangat besar lebih besar dari sebuah negeri. Siap ada beratus ribu pelayan dan orang gaji. Dalam banyak² bilik yang ada, ada 4 bilik yang paling besar berbanding semua biĺik di dalam rumah tu.

Yang agak 'nakal' mimpi ni, saya seorang raja yang mempunyai 4 orang permaisuri. Permaisuri paling berkuasa adalah isteri saya sendiri. 3 lagi, saya tak kenal sape. Yang pastinye, salah seorg tu berbangsa cina.

Mimpi mainan tidur eh? Tapi kerap jugak mimpi rumah besar ni. Huhuhu.

0 komen:

Catat Ulasan