Selasa, 29 Jun 2021


Sebut bab pdpr, terus terbayang 3 golongan: cikgu, mak bapak, anak murid.


Cikgu yang bersungguh2. Buat video. Buat gugel meet. Sediakan latihan. Walaupun nampak je WFHome, tp kadang2 jadi  WFHell bile ditekan pihak atasan yang tau nak laporan je. Kesian jugak cikgu nak handle anak orang lagi, nak handle anak sendiri lagi. Tapi, tak nafi, ada jugak cikgu yang tau forward video link youtube je, pastu bagi keje sekolah banyak2. Ingat budak2 SK ni level IPT gamaknye.


Mak bapak. Tak semua mampu sediakan gadget extra untuk anak belajar. Ada yang anak terpaksa tunggu mak bapak balik umah dulu boleh wat kije. Yang jenis anak slow plak, mak ayah terpaksa jadi cikgu ganti kat umah. Tak semua mak ayah reti nak ajar anak2. Silap2 anak darjah 1, terajar silibus U. Ini ok lagi, ada yang alif ya mim jadi buaya. Tak heran ada mak bapak jadi warna biru, ijau, kuning, merah. Tapi ada jugak spesis mak ayah yang sombong komain. Semua benda nak arah cikgu buat itu ini. Serba tak kene. Budget bijak pun ramai mentang2 title Dr atau Prof.


Anak2 tak semua boleh nak adapt belajar tak mengadap cikgu. Ada yang fast learner, ada yang slow learner. Yang susah tak mampu beli gadget pun ramai. Tak kire lagi internet lembab megalahkan siput tempang. Tapi, ada jugak yang semua kemudahan dah ada, cume pemalas tahap gaban, tak hormat cikgu dan lain2.


Urm, kesian kite semua. Semoga dipermudahkan urusan.


0 komen:

Catat Ulasan