Selasa, 22 Februari 2022

Email Marketing: Perlu Ke Terlalu Kerap Hantar Email Kepada Subscriber?

 


Email Marketing: Perlu Ke Terlalu Kerap Hantar Email Kepada Subscriber?

Saya suka subscribe email2 daripada beberapa Internet Marketers Malaysia. Beberapa IM tu adalah fren saya di fb dan saya anggap sifu saya sejak saya mula terjun bidang internet marketing sejak 2007. Sekarang saya dah agak slow memandangkan keadaan saya yang menyebabkan segala aktiviti saya sedikit slow.

Rata2 IM masih menggunakan email marketing sebagai kaedah untuk berinteraksi sdengan subscriber. Mungkin seminggu sekali saya akan menerima email daripada mereka. Email yang sarat dengan tips mahupun menjual, tak kisahlah. Semua saya baca. Paling2 malas nak baca, saya set sebagai read atau delete je terus. Hihihi.

Tapi, ada beberapa orang IM yang saya terpaksa unsubscribe email mereka. Email yang dihantar terlalu kerap (lebih 1 email sehari) kadang2 membuatkan saya rimas. Orang lain saya tak taula rimas atau tak dan mungkin gembira kot. Hahahahaha.

Saya sendiri dahulu semasa menggunakan email marketing, takdelah nak hantar email setiap hari. Seminggu sekali ok kot. Ni kalau dah sehari sampai 4, 5 email, setiap hari plak tu, mahunya rase nak muntah. Jangan kata nak bukak email, tengok nama pun dah terus delete. Sudahnya, terus unsubscribe. Setel.
 
Anda pula bagaimana?

0 komen:

Catat Ulasan