Isnin, 21 Februari 2022

Ada Diabetes?

 


Ada diabetes?

Rata2 orang tak tahu ada masalah diabetes sehinggalah keadaan agak melarat. Dah datang pelbagai masalah kesihatan, cek kat klinik atau hospital, nah, dah ada diabetes. Ada jugak yang memang terang2 dah ada diabetes, tapi masih menafikan (sama macam saya dolu2, hehehehehe).

Selain dari pelabagi tanda seperti kerap dahaga, kerap kencing, mata kabur dan pelbagai tanda lain, kita juga boleh menggunakaqn glucometer untuk cek bacaan gula dalam darah. Ala, yang cucuk hujung jari untuk kuarkan darah setitik tu. Glucometer pun murah2 antara RM30 - RM100 ikut brand. Boleh tengok kat shopee. Boleh jugak ke farmasi untuk cek dengan kos dalam RM5.

Cume, menggunakan glucometer adakalanya kurang tepat sebab bacaan gula dalam darah sentiasa berubah mengikut makanan kita, stress atau tak, cukup rehat atau tak, waktu cek gula, sakit atau tak dan banyak lagi. Tapi sekurang2nya kalau dah cek 2 jam lepas makan dapat bacaan atas 7.5, berhati2lah. Ini petanda kita sedang berada dalam keadaan pre diabetes atau diabetes.

Sila ke klinik swasta dan klinik kerajaan atau hospital untuk mengesahkan samaada kita ada masalah diabetes atau tak. Doktor akan membuat penilaian dan membuat keputusan melibatkan ubat. Yang penting, hati2 dengan produk yang claim dalam sembuhkan diabetes ye. Takut ada bahan2 terlarang je.

Apa2pun, kawalan diabetes terletak atas diri kita sendiri. Boleh baca perkongsian saya di https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan