Khamis, 2 Mac 2023

Nyesal Buat IFLK 2 Tahun Lepas!


Nyesal Buat IFLK 2 Tahun Lepas!

Manenya tak menyesal, asbab dari IFLK saya berjaya reversed diabetes. Tapi saya menyesal sebab baru buat 2, 3 tahun lepas. Sepatutnya buat lebih awal dari tu. Dari zaman muda2 dulu lagi, yakni dari mula2 saya disahkan pesakit diabetes lebih 10 tahun yang lalu.

Tapi, apa boleh buat. Benda lama berlaku. Masa yang terlepas tu, takleh nak reversed dah. Tapi, diabetes masih boleh reversed asalkan ada rasa nak insaf.

Dalam banyak2 masalah yang jadi, 1 masalah yang masih belum boleh reversed iaitu masalah saraf kaki akibat diabetes. Ade orang cakap, bila rosak, memang tak boleh pulih dah. Ada orang cakap, boleh pulih tapi amik masa yang sangat lama.

Selepas bertahun tahun tahun tahun ada diabetes dan tak pernah kawal, akhirnya muncul satu keadaan dimana kaki saya kerap kebas. Bila urut, ok sekejap. Pastu kebas lagi. Makin lama, makin kerap dan akhirnya tak pernah hilang rasa kebas tu. 24jam 7 hari semingggu 365 hari setahun kaki kebas.

Yang tak bestnya bila kaki kebas, deria sakit yang datang dari luar makin kurang dan akhirnya hilang terus deria sakit. Tak kiralah tersepak kaki meja ke, terpijak paku ke, tercabut kuku kaki ke, memang langsung tak rasa apa2. Yang nampak, darah je keluar. Itupun kalau perasan.

Lepas hilang deria sakit, mula rasa kaki bagai dicucuk2, dihiris2 dari dalam. Sentiasa sakit. Selalu je saya mintak wife saya tolong urutkan. Itu sekadar untuk melegakan sakit untuk beberapa jam je. Lepas tu, kembali sakit mencucuk dan menghiris. Luka jangan cakap, luka sikit je pun berhari2 nak baik. Silap2 seminggu pun belum sembuh.

Itu cerita saya beberapa tahun lepas lah sebelum saya reversed diabetes. Sekarang, kaki saya masih lagi kebas 24jam. Tak hilang kebas tu. Cuma, dah takde sakit mencucuk dan menghiris tu. Dan saya perasaan, deria sakit saya dah kembali walaupun rasanya hujung2 je. InsyaAllah, saya yakin suatu hari nanti pastu sembuh seperti asal. Doakan saya.

Jom reversed diabetes. Baca sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan