Kenapa Saya Berubah?
2 hari lepas (Isnin), appointment berkala di Klinik Kesihatan. Ramainya orang, ya Allah, kali pertama masuk klinik jam 8.45pagi, keluar jam 1.00tengahari. Biasanya klinik kesihatan yang biasa saya pergi ni, maksimum 2 jam pun urusan dah selesai. Mungkin sebab hari Ahad cuti, tu yang ramai sangat.
Macam biasalah, selaku seorang pesakit diabetes dan darah tinggi, saya mendapat "buku hijau" dan perlu mendapatkan pemantauan daripada klinik setiap 3 bulan. Ujian HbA1c akan dibuat setiap 6 bulan dan ujian kesihatan penuh akan dibuat setiap tahun.
Sebelum masuk jumpe doktor, ujian saringan akan dibuat oleh jururawat bertugas di luar bilik doktor. Bacaan gula dan tekanan darah akan diambil.
Tekanan darah 125/79, nadi 64, bacaan gula 4.8.
.
Encik Jururawat (EJ): Encik ada pening2 atau gelap mata atau rasa nok pengsan dok?", tanye jururawat tersebut.
Faizal Syukri (FS): Alhamdulillah, takdok. Ok je
EJ: Oh, takdok dakpela. Takut hypo je. Biasenye orang kencing manih kalu bacaan gula turun mengejut, buleh jadi hypo.
FS: Bacaan saya memang gitu sokmo. Biase bowoh 6.
EJ: Bagus r encik. Jangan skip ubat nge cucuk insulin tu.
FS: Eh, dok. Saya dok cucuk insulin nge makan ubat doh. Lame doh doktor stop insulin nge ubat.
Encik jururawat macam blur2. Dibelek2nye buku ijau saya tu untuk tengok rekod2 sebelum ni.
EJ: Bagus encik. Molek r. Kekal keadaan gini. Molek sangat doh ni.
.
Alhamdulillah, sejak 08/11/2020 doktor stopkan insulin dan semua ubat2 diabetes saya. Benda tak mustahil, tapi nak mula berubah ke arah kesihatan yang lebih baik tu yang susah.
Sepanjang saya menunggu giliran untuk ujian saringan, kebetulan saya menunggu betul2 depan meja saringan. Jadi saya dapat dengar bacaan gula hampir setiap pesakit yang disaring. Majoriti bacaan 10mmol ke atas.
Teringat lagi kata2 doktor yang mula2 merawat saya "Kalau encik tak sayang diri sendiri, tu encik punya pasal. Tapi fikirlah anak bini tu".
Ye, itulah yang menjadi turning point saya untuk berubah. Semuanya kerana Allah dan demi untuk kebaikan anak2 dan isteri saya.
Syukur...
Jom reversed diabetes >> https://bit.ly/SIhatIFLK
0 komen:
Catat Ulasan