Rabu, 13 September 2023

Kami Bukan Ahlong, Kami Cuma Nak Tolong


Ramai yang tahu diabetes mellitus type 2 atau kencing manis jenis 2 adalah satu penyakit kritikal.
Ramai jugak orang tahu diri sendiri ada penyakit tersebut.
Tak kurang, ramai orang tahu tapi penuh dengan denial syndrom atau sindrom penafian. Taknak mengaku ada kencing manis (Ye, saya salah seorang daripadanya satu ketika dahulu).
Paling ramai, orang yang tak pernah tahu ada kencing manis. Bila buat medical checkup, sahih ada kencing manis.

Yang masih tahap rendah, dibekalkan 1 jenis ubat.
Yang teruk sikit, 2, 3 jenis ubat.
Yang tak terkawal, dapat 2, 3 jenis ubat tambah suntikan insulin.
Ingat best ke makan ubat? Kadang2 rasa nak termuntah dah.
Ingat best ke suntik insulin? Perut pun berparut2 bekas suntikan.

Bila dinasihatkan supaya ubah gaya hidup, mintak stop gula, mintak kurangkan makan berproses dan berkarbohidrat tinggi, ramai yang taknak.
Konon katanya:
"Tak boleh tak amik gula. Takde tenaga"
"Perut asia. Mana boleh tak makan nasi"
"Buah kan gula semulajadi"
"Semua makanan dicipta dengan kebaikan. Kalau tak elok, pasti diharamkan"

Ramai yang tak sedar, kita perlu makan sesuatu yang halal dan toyyib dimana makanan tersebut halal dan memberikan kebaikan.
Ada sesetengah makanan tu halal dan toyyib bagi sesetengah orang, tapi halal dan tidak toyyib bagi orang yang ada masalah kesihatan.
Kat situ, nasihat daripada mereka yang berilmu perlu dirujuk.

Kami di sini tidaklah claim yang kami pakar. Tapi, dengan sedikit ilmu pengetahuan yang ada berserta pengalaman, kami cuba untuk bantu mereka supaya dapat berjihad melawan nafsu dan penyakit dalam diri kita sendiri. Apa2pun, sila cepat2 dapatkan rawatan dotor jika ada masalah kesihatan.

Ada yang mau? Meh kite sembang2 kat tepi. Komen di sini pun boleh. Jom.

Jemput baca info reversed diabetes, https://bit.ly/SihatIFLK
Jemput juga join group wasap https://bit.ly/SihatIFLKv2

0 komen:

Catat Ulasan