Khamis, 27 Julai 2023

Pandangan Mata Saya



Pandangan Mata Saya

Sudah lebih 3 tahun saya kehilangan pancaindera yang bernama MATA. Kata orang, bile dah lama, kita akan terbiasa dengan keadaan kita seolah2 benda tu dah normal.

Bila kita cakap kita OKU Penglihatan, dalam kepala orang, BUTA. Bila cakap buta, orang akan anggap tak nampak apa2 dan pandangan hanya gelap je.

Sebenarnya istilah BUTA tu sendiri amat meluas dan buta terdiri daripada beberapa keadaan. Selama ni, saya hanya boleh cerita keadaan mata saya tanpa berikan gambaran sebenar.

Kali ni, saya terjumpa satu video dari mat salleh yang menunjukkan keadaan BUTA tu. Jom sama2 kite rasai keadaan BUTA tu 🤣

** Untuk pengetahuan, keadaan mata kiri saya adalah LIGHT PERCEPTION manakala mata kanan seperti gabungan cataract + glaucoma. Cuma keadaan cataract tu lebih baik berbanding dalam video + keadaan glaucoma tu lebih luas sudut pandangan berbanding dalam video (separuh pandangan normal) **


 Jom reversed diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan