Frengly Remainder (Tranunglish) Buat Pesakit DMT2 @ Kincin Maneh Jenih 2.
Setiap manusia mempunyai tahap sensitiviti insulin yang berbeza. Apatah lagi kalau nak dibandingkan orang yang insulin sensitive dengan insulin resistance. Memang jauh berbeza ibarat ultraman dengan antman.
Ada orang DMT2 insulinnya masih ada sisa2 sensitif sikit2. Ada orang DMT2 insulinnya dah hidup mati segan tak mahu. Jadi, janganlah persoalankan "Die pun ada diabetes jugak. Makan nasi segenggam gula tak naik pun." Kite ni plak yang dah kritikal, makan nasi segenggam, mungkin gula meroket ke langit. Ni analogi je ye. Jangan pembaris sangat. Hahahaha. Jangan marah. Gurau2.
Dalam group PMLS LKC ni dah diajar panduan pemakanan menggunakan method LK. Kalau tak faham jugak, boleh pm tepi saya untuk join group wasap. Nak lagi faham, boleh join yang premium punya.
Paling penting, pesakit DMT2 ni kene bersahabat dengan glucometer tu. Sebelum makan, cek bacaan gula. 2 jam lepas makan, cek lagi bacaan gula. Kadang2 kite rasa kite makan dah cun, cantik, tapi tengok2 bacaan gula meroket ke pluto, sedangkan orang sebelah kite makan bende yang sama, bacaan gula setakat meroket ke bulan je. Silap2 sorang lagi kawan sebelah tu yang takde DMT2, lepas makan roket tak bergerak2.
Jadi, janganlah malu dan segan untuk dapatkan sebijik glucometer. Yang kayangan ada, yang rakyat kebanyakan pun ada. Kat shopee tu banyak. Brand2 china pun ok ape macam SinoCare tu. Device murah, strip pun murah. Jari ada 10 batang, boleh gilir2 cucuk. Janganlah cucuk tempat same je. Sian kt jari. Nanti berlubang tembus ke belakang. Hahahaha.
Faham ke tak faham ni? Nak abam explain ikut bahasa tranung ke?
0 komen:
Catat Ulasan