SweetLAB, PMLS dan Amway
Bila sebut rezeki, bukan pada harta duit semata-mata. Tubuh sihat, rezeki. Anak-anak, rezeki. Disenangi orang, rezeki. Dapat kawan-kawan yang baik, rezeki. Macam-macam lah.
Ada orang rasa hidupnya sentiasa malang dan tak bernasib baik. Tapi, dalam tak sedar, banyak jugak perkara yang ramai orang tak dapat, tapi dia dapat.
Taknak citer pasal orang, tapi ni pasal saya je.
Bab kerjaya, mungkin saya tak bernasib baik. Akademik tak tinggi. Speaking hancus. Skil takde.
Bab bisnes, banyak yang sendu dan suam2 kuku.
Bab keluarga, dikurniakan anak sikit lewat.
Bab kesihatan, seawal umur awal 20-an saya dah ada macam-macam penyakit yang orang tua dapat.
Ada yang silap sendiri dan ada yang ujian macam tu.
Apa2pun, tetap bersyukur. Dikurniakan ahli keluarga yang banyak sapot. Kawan-kawan yang memahami. Isteri yang sangat baik. Berpeluang membesarkan anak-anak di depan mata sendiri.
Mula PKP, ramai orang hilang kerjaya, bisnes bungkus dan macam-macam. Saya pun sama. Keje yang tak berapa nak best pun hilang. Bisnes yang suam2 kuku pun bungkus. Lagi parah, terlibat dengan kemalangan kecik yang menyebabkan saya dapat title OKU.
Bile jadi macam tu, rasa berat je ujian ni. Tapi, siapa tau apa yang Allah rancang untuk kita.
Sejak tu, berpeluang bekerja di bawah Mohd Khairul Azlan Mka. Bukan sekadar bekerja, tapi banyak sangat tips2 bisnes yang diajar. Cuma keadaan kesihatan yang tak mengizinkan dan tak sesuai untuk bergerak setiap hari, terpaksa berhenti. Terima kasih Alan, banyok wi ilmu ke aku. SweetLAB aku berkembang pun asbab dari nasihat2 dari mu jugok.
Tak lupa jugak SweetLAB HQ yang sediakan peluang biz ni terutamanya leader Kuala Terengganu, Adda, yang selalu sangat share tips berkenaan SweetLAB.
Pernah cuba menjadi agen takaful. Tak berapa nak boleh buat. Atas faktor kesihatan dan kurang minat jugak.
Agen2 telco? Pun buat. Dapatlah sikit sebanyak untuk tampung mana yang kurang.
Dalam masa yang sama, berjaya reversed kencing manis, pun dah seribu rahmat. Dari situ, saya cuba untuk berkongsi perjalanan saya dalam berperang dengan kencing manis ni. Saya banyak berkongsi melalui fb dan blog sebab itu minat saya. Saya suka menulis walaupun kadang2 entah apa2 yang dibebelkan tu.
Perkongsian saya nampak macam orang tak pedulik, tapi rupa2nya mendapat perhatian daripada coach Afif Danial. Dengan PMLS (terima kasih jugak Pokcik Azril Nizam Jamaludin sediakan platform yang best serta ilmu kesihatan bermanfaat) dan Amway, coach Afif banyak berikan panduan dan peluang untuk saya mulakan Amway. Ye, awal2 dulu memang saya tak pedulik sangat dengan Amway ni. Tapi, bila dah nampak peningkatan dalam Amway, Alhamdulillah, saya lebih fokus. Banyak jugak ilmu kesihatan dan ilmu bisnes dapat daripada coach Afif. Terima kasih coach dan Areyu Hidayah sebab beri peluang kat saya.
Sekarang, saya hanya fokus SweetLAB, Amway dan PMLS sahaja. Ketiga-tiga ni saling berkait. Yang lain2, saya dah stop dan ada yang slow down. InsyaAllah, semoga kali ni istiqamah. Amin.
Gambo pin Bronze dan Silver Producer. Pin Gold Producer je belum terima lagi. InsyaAllah, PDD pasti, Langkawi pasti, Diamond pasti!
0 komen:
Catat Ulasan