Rabu, 29 September 2021

Bisul Bisul Bisul Bisuuuuul Je Memanjang





 BISUL BISUL BISUL BISUUUUUL JE MEMANJANG
*** Awas, jangan tengok gambar kalau anda tak kuat, penggeli, tengah makan dan lain2. Saya tak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa2 kat korang ye ***

Itulah saya dulu. Bisul datang singgah kat badan saya dah jadi acara tahunan atau dwi tahunan. Banyak tempat kat badan ni dah jadi RnR untuk bisul. Ni beberapa gambar yang saya snap. Dan banyak saya tak snap.

Paling teruk bisul masa 2018. Kene kat pinggang. Besar yang amat sangat. Besar penumbuk kot. Die punye tahap besar, sampai kene check in wad, pakej dengan operate siap dengan bius separuh badan macam orang nak bersalin czer tu. Lepas operate, saya ingatkan luka ditutup, rupe2nye dibiarkan macam tu je. Boleh sumbat sebijik dua bola pingpong kot.

Kali terakhir saya kene bisul pada Mac 2020. Bisul ni kecik je, tapi sakitnye hanya Allah saja yang tau. Rasanya semua bisul sakit kot. Hahaha. Dan kerana bisul kecik ni mengubah segala2nya di samping dah kene bebel dek doktor klinik kesihatan menyebabkan saya insof dan berubah.

Saya tak pernah share gambar ni secara public kecuali kat family dan kawan2 terdekat. Maaf sebab saya share kali ni. Bukan niat nak aibkan diri sendiri dan bukan niat nak buat korang rasa geli geleman. Tapi hakikatnya, ramai pesakit diabetes kerap terkena bisul.

Bila kita menjadi pesakit diabetes yang tak terkawal, kita akan mengalami masalah pada saluran darah menyebabkan peredaran darah terganggu. Masa tu lah betapa mudahnya kulit kita terkena pelbagai jangkitan bakteria dan yang sewaktu dengannya. Tambahan plak sistem antibodi kita tak berapa kuat menyebabkan badan lemah untuk lawan penyakit2 ni.

Alhamdulillah, sejak saya kawal diabetes saya, dah dah setahun setengah bisul tak singgap. Dan harap2nya beliau tak sudi dan tak hingin singgah kat saya lagi. Sakit woooo.

Syukur ya Allah.
Terima kasih IFLK kerana menjadi asbab diabetes saya berjaya direversed seterusnya mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Boleh baca kisah saya berkenaan IFLK di https://bit.ly/SihatIFLK


#BebasDiabetes
#ReverseDiabetesObesity
#IntermittentFasting
#KetoDiet
#LazyKeto
#LowCarbNoSugar
#IFLK4Life

2 ulasan:

  1. Betul tu. Suami ammi dulu masa dia taktau dia ada diabetes pun selalu kena bisul. Plg teruk tahun 2016 kena warded dan buang hampir 5 bisul sekali harung. Dan semua luka terbuka. Kena pandainjaga. Masa tu baru tau dia ada diabetes.

    Tak expect pun ada diabetes sbb dia pun org yg suka makan kuih, air, makanan manis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang macam mana? Syukurlah saya dah lama tak kene bisul sejak2 terkawal diabetes ni.

      Padam