Khamis, 21 Oktober 2021

Luahan Kepada Majlis Perbandaran Dungun

 

Salam.
 
Saya Faizal Syukri ingin bertanya kepada pihak Majlis Perbandaran Dungun berkenaan status permohonan longkang di kawasan Jalan Intan Balai Besar lorong 7 dan lorong 6.
 
Kawasan perumahan ini telah wujud sebelum tahun 2000 lagi. Sepanjang 2000 - 2021, kerajaan negeri telah bertukar beberapa kali dan saya percaya yang penduduk di sini telah beberapa kali memohon dibuat longkang supaya air dapat disalurkan dan dibuang ke dalam longkang utama.
 
Kali terakhir permohonan dibuat adalah melalui JPKK selepas kerajaan negeri baharu terbentuk di Terengganu pada PRU 14. Sekitar tahun 2019 / 2020.
 
Terima kasih kepada JPKK kerana bertungkus lumus membantu penduduk di kawasan ini. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih tiada apa-apa tindakan mahupun penjelasan daripada pihak MPD mengenai hal ini.
 
Apa yang menyebabkan pihak MPD keberatan untuk membuat longkang di kawasan ini sedangkan telah banyak longkang dibuat di kawasan perumahan lain? Adakah pihak MPD suka melihat penduduk menyedut dan membuang air longkang di atas tanah rizab atau membiarkan air longkang bertakung? Keadaan ini menyebabkan risiko untuk berlaku kes denggi dan juga risiko2 lain berkaitan kesihatan dan kebersihan di kawasan ini.
 
Saya mencadangkan agar pihak MPD menetapkan satu tarikh khas untuk berjumpa antara pihak MPD, JPKK dan penduduk supaya kami semua dapat maklumat berkaitan yang lebih jelas.
 
Terima kasih.
 
Untuk perhatian ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (Official), Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

2 ulasan: