Ahad, 31 Oktober 2021

Resepi Air Bergas Yang Sihat

 


Sian air gas. Dipitenah salah satu punca penyakit diabetes 🤣
 
Hakikatnya, kandungan gula yang sangat tinggi dalam air gas a.k.a air berkarbonat menjadikan ianya musuh ketat pesakit diabetes. Ianya lebih kepada musuh dalam selimut yang tikam kite dari belakang. Ye, rasanye sedap, hakikatnye menendang dan menumbuk kite dalam diam.
 
Kesimpulannya, gula adalah pesalah sebenar yang perlu dihukum sebat mandatori 😂
 
Ok, kalau rasa dah rindu sangat nak minum air gas, meh nak ajar cara buat air gas sihat. Bahan die simple je.
- 1 botol kecil (350ml) F&N Ice Mountain Sparkling Water Perisa Original atau lemon atau ape2 brand pun sparkling mineral water.
- 1/2 sudu teh garam himalaya / garam bukit / garam pink.
- 1 titik atau 2titik SweetLAB Drop
- 1 sudu besar cuka epal / cuka teen / apa2 cuka buah (bukan cuka tiruan apatah lagi jangan gune cuka getah).
 
Masukkan semua sekali, dan goncang lembut2 dan manja2 dan nikmatilah keenakan, kemanisan dan kesejukan airnya yang mengalir dalam halkum seterusnya terus ke perut.
 
Kalau air korang tak sejuk, boleh je letak ais.
 
Oh, kandungan nutrisi air kosong bergas ni: Tenaga, protein, lemak, karbohidrat, gula, natrium / sodium, semuanya 0.
 
Selamat menjamu seleraaaa
 
Oh iye, SweetLAB Drop ni adalah pemanis sihat yang tiada gula, tiada kalori dan sangat sihat. Tak menaikkan kadar gula dalam darah tau sekaligus ianya selamat untuk pesakit diabetes mahupun orang yang tiada penyakit, insyaAllah.
 
Boleh dapatkan di https://bit.ly/SweetLabDrop
 

2 ulasan: