Jumaat, 21 Januari 2022

Beg Sekolah Berat. Apa Solusinya?


Sebut pasal beg sekolah, teringat kat anak saya yang baru tahun 1.  Dia punye beg dah macam Datuk Kame pikul cengkerang penyu. Berat jugak. Kesian pun ada. Tapi, nak buat macam mana, terpaksa angkut jugak segala mak nenek buku teks, buku aktiviti, buku tulis dan lain2. Ops, lupe nak bagitau. gambar kat atas ambik dari web NST ye.



Apa solusi masalah ni? Apa yang pak2 menteri, pengarah2 pendidikan tengah buat? Benda ni bukan setahun dua, tapi dan bertahun2. Takkan takde penyelesaian lagi kot? Oh, yela, menteri pun asyik bertukar je. Tak sempat nak pikir solusi.


Kalau ikut statistik di sini, ada lebih kurang 10k buah sekolah dengan 5.4juta pelajar termasuk guru di Malaysia. Ramai gak tu. Mungkin ada ramai di kalangan guru2 dah pun bagi pelbagai cadangan, tapi telah dibakulsampah oleh pihak tertentu.


Saya hanya dapat pikir 2 solusi je:

1. Bagi tablet kepada semua pelajar dan cikgu. Gantikan terus buku teks dengan ebuku. Tapi, dengan jumlah pelajar dan guru anggaran 5.4juta x rm500 untuk 1 tablet, kos permulaan dah rm2.7billion. Tu tak termasuk kos maintenance lagi, rosak, hilang, lagho, technician dan lain2. Memang naya.


Atau solusi kedua, sediakan locker berkunci setiap kelas. Mungkin kos jauh lebih murah berbanding solusi pertama tadi. Dengan adanya locker, takdelah penat bebudak nak pikul beg berat setiap hari.


Apa kata anda?

3 ulasan: