Kaunter Khas Untuk OKU
Sesetengah pasaraya macam Mydin ada sediakan cashier khas untuk warga emas / wanita mengandung / OKU. Memang saya akan pilih cashier ni lah. Yela, menggunakan kekurangan yang ada untuk dapatkan sedikit kelebihan.
Tapi. agak tersentak bile ada jugak orang sindir2 dengan macam2 sindiran. Yang saya kene baru2 ni, "Humtumla orang cacat takyah beratur panjang2. Cacat otak kot". Memang agak geram. Tapi, tak tau macam mana, saya hanya jawab bersahaja, "Nak humtum gak mehlah jadi cacat jugok".
Untuk pengetahuan warga2 orang normal yang tak cacat tu, OKU ni ada banyak kategori. Antaranya ialah pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, pembelajaran, mental dan pelbagai. Jadi, jangan ingat sebut OKU ni hanya yang nampak orang tu takde kaki atau takde tangan je. Mungkin orang tu nampak sihat, bertenaga, tuff, katang, hensem, bergaya, tapi sebenarnya dia OKU. Hanya dia je tau kekurangan dan kepayahan yang dilalui ni.
Kesusahan orang OKU ni kadang2 bukan hanya kepayahan untuk urus diri, tapi kadang2 didiskriminasi. Nak keje pun, ada sesetengah majikan taknak ambik orang OKU ni. Yang ambikpun, takut rasa terbeban plak dengan performance warga OKU ni.
Jadi, kalau nampak orang nampak sihat tibe2 beratur kat kaunter OKU tu, janganlah nak sindir2. Atau paling kurangpun, tanyelah OKU ape. Baik diam daripada menyakitkan hati orang.Takkanlah kami nak tepek kad OKU atau gantung kat leher kad OKU tu 🤣
Jangan kata orang yang tak dikenali, orang yang kite kenal pun kadang2 kuar ayat menyakitkan hati. Teringat seorang kawan pernah cakap kat saya, "Apalah sangat mata buta sebelah tu berbanding masalah rumahtangga aku". Urmm, setakat gaduh ngan bini sebab berebut nak balik beraya kat mana, pun dia anggap lagi berat dari masalah buta ni. Urrrmmmmmm...
Bab cashier OKU pun ade orang cemburu. Tak sebut lagi warga OKU dapat Elaun Pekerja Cacat (EPC) RM450 sebulan. Harap inilah sedikit sebanyak nak ringankan beban kami warga OKU ni.
Nak EPC gak? Mehla bagi kat saya mata awak yang terang tu kat saya. Amiklah mata saya yang buta sebelah dan rosak sebelah ni. Saya kasi EPC tu kat awak. Ataupun kite sama2 jadi team OKU. Deal?
Kannnn.... Ingat oku mintak ke jadi oku?.... Mintak mata dia tu...nak kasi ke tak la agaknya.
BalasPadamTu kate. Jangan kate nok mitok terus. Nok pinjam sehari pun belum tentu nok wi.
Padam