Khamis, 4 Mei 2023

Pen Bukan Sebarang Pen (Pen Insulin)


Pen Bukan Sebarang Pen (Pen Insulin)
 
Ada kencing manis, tapi taknak mengaku, (Sayalah tu dulu)

Bile dah doc sahkan kencing manis, mula rungsing. (Sayalah tu dulu)

Ikut apa yang doc pesan. Doc bagi insulin, cucuk. Doc bagi ubat, makan. Lama2 rasa fedap dan stop sendiri. (Sayalah tu dulu)

Bile dah lama berlalu, kencing manis dah makin parah. Mula tercari2 jalan pintas nak redakan kencing manis. (Sayalah tu dulu)

Makan produk tu produk ni tak menjadi, mula salahkan ubat atau supplimen. (Sayalah tu dulu)

Akhirnya doc marah kite, barulah sentap. Dah separuh terlambat, baru rasa nak insof. (Sayalah tu dulu)

Tercari2 kaedah nak reversed diabetes. Alhamdulillah, jumpa jalannya. Kencing manis dah reversed. Suntikan insulin dan ubat kencing manis pun dah lebih 2 tahun doc stopkan. Cuma masalah insulin resistance je yang masih ada dan makan tahun dan betul2 ok.

Alhamdulillah, HbA1c maintain rendah. trigliserida cun, eGFR maintain cantik. Kalau sampai masa nak mati, matilah jugak tak kira sihat atau sakit. Ape2pun, menjaga kesihatan dan keselamatan adalah amanah buat diri kita.

Gambar tu koleksi pen insulin saya dulu2. Dah berapa kali tukar pembekal dah tu. Yang dah hilang pun ade. Orang cakap, bile dah kene cucuk insulin dan makan ubat kencing manis, selama2nya kene cucuk insulin dan makan ubat kencing manis. Hakikatnya, saya sendiri salah satu antara ribuan pesakit diabetes yang berjaya reversed diabetes dan telah dihentikan insulin dan ubat kencing manis oleh doktor sendiri.

Sengaja simpan untuk kenangan dan pengajaran serta peringatan buat diri sendiri.

Nak reversed diabetes? Boleh roger2 saya ye.

~ Pesakit KM yang insof ~

Jom reversed diabetes >> https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan