Khamis, 18 Mei 2023

Kita Tidak Boleh Mengubah Masa Lalu, Tapi Boleh Mengubah Masa Depan, InsyaAllah.


Kita Tidak Boleh Mengubah Masa Lalu, Tapi Boleh Mengubah Masa Depan, InsyaAllah.

Kencing manis dengarnya seperti penyakit biasa sebab ianya seakan-akan normal berlaku di sekeliling kita. Tetapi sebenarnya ia adalah penyakit pembunuh utama.

Pesakit kencing manis bukan meninggal sebab kencing manis tu sendiri, tapi kerana kesan-kesan akibat kencing manis yang tak terkawal dalam tempoh masa yang lama. Ianya bukan datang mengejut, tapi secara sedikit demi sedikit.

Ye, saya salah seorang pesakit kencing manis yang tak terkawal satu ketika dahulu. Saya telah disahkan pesakit kencing manis lebih 10 tahun yang lalu. Tapi saya tidak pernah insaf, bahkan terus menafikan penyakit saya. Tidak berubah. Tetap dengan pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat.

Dalam banyak2 kesan akibat kencing manis, paling ketara ialah masalah saraf terutama pada bahagian kaki saya. Ia bermula dengan kaki yang kerap kebas dan akhirnya terus menerus kebas 24jam tanpa ada 1 saat pun hilang kebas kat kaki saya. Lama kelamaan, hilang deria rasa sakit dari luar. Maksudnya, kalau kaki saya terluka, memang saya tak rasa sakitpun. Kemudian datang plak rasa sakit mencucuk dan menghiris dari dalam kaki setiap masa. Sakit, pedih, tak selesa dan macam2.

Alhamdulillah, dah 2 tahun saya berjaya reversed diabetes saya. Sakit mencucuk dan menghiris sudah lama hilang. Tapi, kebas masih belum hilang. Bahkan luka pun masih kurang terasa. Kerana lemahnya saraf, sangat kerap kuku kaki saya tercabut tanpa sebab. Bukan sekali, tapi dah banyak kali dalam tempoh 5 tahun terakhir.

Kali terakhir kuku kaki saya tercabut pada 22/04/2023. Baru lagi kan? Cuma kali ni, Alhamdulillah, dah mula ada rasa sakit sikit2. Sakit tu nikmat tau. Dan syukur jugak, walaupun kuku tercabut, ianya tak melarat dab sudah tak berdarah. Bayangkan jika kencing manis saya masih tidak terkawal seperti dulu. Kemungkinan boleh melarat lebih teruk. Silap2 boleh buruk, berulat dan mungkin kene potong!

Saya pernah diberitahu seseorang yang kuku kakinya tercabut sudah agak lama, tapi sehingga kini masih belum sembuh. Asyik luka dan bernanah. Hanya bertahan asbab bantuan ubat dan rawatan hospital. Puncanya kerana kencing manis jugak.

Maaf, post ini agak panjang. Tapi, apa yang saya nak bagitau, kite memang tak boleh ubah benda yang dah berlalu. Tapi, kita masih lagi boleh ubah apa yang akan berlaku. Yang dah ada kencing manis, sabar. Jangan putus asa. Masih ada peluang untuk kembali sihat. InsyaAllah.

Jom reversed diabetes. Baca sini >> https://bit.ly/SihatIFLK


0 komen:

Catat Ulasan