Isnin, 17 Julai 2023

Boleh Ke Makan Kekacang Dalam LK?


Boleh Makan Ke Kekacang?

100g kacang tanah, 7g carb
100g cashew nut, 23g carb
100g pistachio, 18g carb

Ada kekacang yang tinggi carb, ada yang sederhana.

Keperluan maksimum carb 1 hari ialah 50g utk orang normal dan 20g - 30g utk pesakit diabetes.

Contoh kita buat, Faizal, pesakit KM. Sehari max carb dibenarkan ialah 20g - 30g. Tibe2 terasa nak makan cashew nut. Kononnye nak kawal makan, ambik 10 bijik je. Anggaplah 10 bijik tu 20g (ni reka je ni. Xtau berapa gram). Ok lagi lah tu sebab 20g cashew nut, baru dalam 5g carb. Ada lagi kuota max carb harian.

Tapi, cashew nut ni berhantu bebenor. Tambah 10 biji, tambah 10 biji, tup tup dah makan 200g. Alamak, dah dekat 50g carb amik. Aiyooo, dah terlebih kuota carb harian pesakit KM iaitu 20 - 30g sehari. Habis citer.

Oklah, kita cipta situasi lain sikit, Faizal, bukan pesakit KM. Citer sama macam tadi. Sedar2 dah makan 200g cashew nut (hampir 50g carb). Fuh, selamat tak lebih kuota lagi. Abistu, dalam 1 hari tu memang makan cashew nut tu je ke? Kenyang? Berbaloi? Nyesal?

Eh, takpe, nanti Faizal makan fully protein dan lemak. Tak amik carb dah. Rebus telur separuh masak 5 bijik. Eh, sedap ke makan kosong camtu? Buh kicap skit, buh serbuk lada skit. Dah ada carb kat situ. Pastu goreng ayam buh kunyit, garam. Kunyit pun dah ada carb skit. Bertambah lagi carb. Eh, mane sedap makan gitu je. Nak buhla skit sos wat raso2. Lagi banyak bertambah carb kat sos tu. Pastu amik daun salad 2, 3 helai. Carb lagi.

Sudahnya banyak jugak makan carb.

Jadi berbaloi ke?

Nak reversed diabetes? Jemput baca https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan