Isnin, 30 Ogos 2021

Kisah Dulu Dengan Insulin dan Ubat


Orang yang selalu tengok saya, tak perasan sangat penurunan saiz tubuh saya. Saya sendiri pun tak perasaan. Saya masih lagi pakai pakaian2 lama saya yang besar gedabak tu. Baju masih pakai yang 3XL - 4XL walaupun dah macam baju kelawar. Seluar masih pakai yang 42" walaupun dah londeh.

Bile saya cuba pakai pakai saiz XL dan L dan seluar saiz 34", memang padan. Tapi, saya masih rasa segan nak pakai. Terasa macam ketat walaupun wife cakap dah ok. Terasa kaki ni macam batang balak lagi walaupun wife cakap dah macam batang pinang. Hahahaha. Adoi. Ade jugak spesis gitu. Takpe2, kite kejar lagi 10 - 15kg untuk berat 70 - 70kg dan pinggang saiz 29" - 30" plak.

Bagi saya tu kurus dan slim tu no 2. Yang paling penting, saya bukan lagi termasuk dalam statistik pesakit diabetes yang tidak terkawal (HbA1c lebih 6.5%). Boleh dapat bawah 5% tanpa insulin dan tanpa ubat adalah satu pencapaian yang memuaskan hati saya.

Serem jugak tengok ubat yang dicucuk dan dimakan dulu. Sekarang Alhamdulillah, ubat diabetes, ubat kolestrol, doc dah lama stopkan. Tinggal ubat darah tinggi je. Itupun bacaan tekanan darah tak tinggi sangat dah berbanding dulu.

Dulu kalau tak makan ubat, bacaan kompom 200/100. Awal2 makan ubat, dalam range 160 / 90. Sekarang, dah macam dalam gambar tu.

#BebasDiabetes
#ReverseDiabetesObesity
#IntermittentFasting
#OneMealADay
#KetoDiet
#LazyKeto
#LowCarbNoSugar
#PMLSWellness
#IFLK4Life
https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan