Rabu, 11 Ogos 2021

Keadaan Mata Terkini



Sejak beberapa hari, ramai member2 duk wasap dan pm semula tanya keadaan dan progress mata. Terima kasih saya ucapkan.

Untuk maklumkan, selepas 2 kali pembedahan pada mata kiri saya, keadaan mata saya masih lagi seperti dulu dengan kata lain hanya nampak bayang2 putih je. Kalau ade improvement pun, terlalu sikit dan tak banyak sangat perubahan. Kalau ikut skala tahap penglihatan, masih lagi di tahap "buta".

Bezanya, sebelum ni, pandanga saya sangat terganggu dengan keadaan mata kiri ni, tapi setelah sekian lama, otak saya mula menyahaktifkan fungsi mata kiri menyebabkan mata kiri saya kurang berfungsi. Otak dah bagi arahan kat mata supaya menggunakan mata kanan sepenuhnya sebagai alat penglihatan.

Keadaan mata kanan saya semakin teruk. Cuma saya masih boleh melihat dan membaca dalam jarak dekat dan saiz font besar. Doktor masih tidak boleh membuat apa-apa rawatan atau pembedahan mata kanan saya kerana perlu menunggu keadaan mata kiri supaya lebih stabil anggaran selepas 6 bulan.

** Mata kiri masih lagi berdenyut sekali sakala dan merah walaupun sudah hampir sebulan operate.

Atas kiri: Pandangan mata kiri.
Atas kanan: Pandangan mata kanan.
Bawah: Pandangan normal.

0 komen:

Catat Ulasan