Jumaat, 20 Ogos 2021

Inchloss Punya Cerita


Inchloss punya cerita.

Saya sebelum mulakan IF+LK, saiz seluar saya 42" dan berat saya 110kg. Setelah beberapa bulan, akhir Disember 2020, berat saya dah capai 85kg dan masa tu pinggang saya dah 36" - 38" macam tulah. Selepas tu, saya langsung tak ukur dah pinggang saya. Berat saya macam yoyo naik turun antara 85kg - 90kg. Kire dah macam berat statiklah. Tak turun2 langsung sampai harini. Takpe, saya teruskan IFLK macam biasa.

Harini (20 Ogos 2021), balik dari briswalk, terdetik rasa nak ukur pinggang. Dengan tali pengukur yang saya guna Disember 2020 dulu, saya try ukur. Entah kenapa rasa berdebar plak macam tunggu tok mudim datang nak menebas, macam jugak nak amik result SPM, same jugak debarnya masa nak akad nikah 11 tahun lepas.

Sekali ukur, hambik kau, 33"

Saya gelak sorang2. Banyak kali try ukur kot2 silap. Siap mintak tolong wife tengok kot2 saya silap tengok. Almaklumlah, mata banyak error.

Sesungguhnya inchloss itu benar walaupun berat statik. Kene target turun lagi ni sampai 29" - 30" 😆

P/S: Segan r nak snap gambar tali pengukur kat pinggang tu. 6packs masih diselaputi 1pack 🤪
 

2 ulasan: