Rabu, 23 Februari 2022

Kite merancang, Allah merancang. Sesungguhnya Allah sebaik2 perancang.


Kite merancang, Allah merancang. Sesungguhnya Allah sebaik2 perancang.

Sepatutnya harini anak saya dikhatankan di klinik kul 2petang nanti. Disebabkan anak sedikit batuk, pihak klinik arahkan dibuat RTK dengan tambahan bayaran RM60.

Oleh kerana 2 hari lepas kami sekeluarga telah buat self test dan keputusan negative dan ada lagi beberapa kit lebih, saya bercadang untuk bawak kit ke klinik dan buat test di klinik dan tunjuk result kepada pihak klinik. Tapi, pihak klinik menolak dan mengatakan saya perlu membuat RTK di klinik tersebut juga dengan alasan "untuk elak risiko".

Saya menolak untuk membuat RTK di klinik tersebut dan pihak klinik mencadangkan tarikh berkhatan ditukar ke tarikh lain. Saya terima. Bagi saya, tak perlu saya bayar extra untuk buat RTK sedangkan saya sendiri dah ada kit tersebut. Lagipun, kami bukanlah kontak rapat dan anak saya hanya batuk sedikit. Itupun dah hampir sembuh. 2, 3 jam baru dengar batuk sekali sekala. Tambahan pulak, RM60 tu satu nilai yang agak besar bagi saya. Ape2pun, terima kasih kepada doktor terlibat yang berikan diskaun RTK dengan harga RM30. Tapi takpelah, tunggu anak saya sembuh sepenuhnya. InsyaAllah tarikh baharu nanti dah sembuh.

Tibe2 terpikir, kit yang saya beli di farmasi yang harganya jauh lebih murah ni, tak boleh elak risiko ke? Tak tepat ke? Tak berkesan ke? Tak valid ke? Tak berguna ke? Tak boleh pakai ke? Kalau gitu, apa guna marhein digalakkan membeli kit ini? Dek kerana permintaan terlalu tinggi, supplier besar pun menaikkan harga antara 30 - 45% bagi setiap kit. Jangan plak cakap saya menentang prosedur untuk swabtest. Saya cuma ingin dibuat menggunakan kit yang saya beli dan tentunya lebih murah dan jimat.

Nampaknye, semua pihak mengambil peluang untuk berniaga. Yelah, tak kate salah nak berniaga. Tapi, bayangkan kalau keluarga besar yang ada anak ramai. Nak beli satu kit pun dah RM10. Kalau anak 3 + mak ayah = 5 orang, dah RM50. Kalau buat RTK kat klinik RM60 kepala, maunye kene RM300 untuk 5 orang. Sekarang beli swabtest kit, hand sanitizer, mask, dah kene masukkan dalam komitmen bulanan selain bayar sewa rumah, utiliti, makanan dan lain2.

Oh, itulah dunia....

2 ulasan:

  1. Ammi pun baru ni cari gak RTK yang katanya kurang dari RM10...hmmmm dah tak jumpa dah semenjak varian Omicron ni mengganas. Semua harga dah dinaikkan

    BalasPadam